Judul : Doktor Ortodoks, Doktor Transformasi & Universiti Malaya
link : Doktor Ortodoks, Doktor Transformasi & Universiti Malaya
Doktor Ortodoks, Doktor Transformasi & Universiti Malaya
Al-Azharri Siddiq – 1. Di Malaysia, doktor perubatan khususnya keluaran daripada Universiti Malaya sangat dihormati baik di dalam negara mahu pun di luar negara. Manakala para pensyarah perubatan di IPTA yang lain seperti di UKM, USM, UPM dan sebagainya jika keluaran dari Fakulti Perubatan, Universiti Malaya sangat dikagumi dan diyakini. Itulah UM, ianya berkaitan kualiti dan establishment.
2. Namu begitu, keadaan sudah berubah, IPTA lain pun semakin memperbaiki kualiti mereka khususnya UPM yang telah mengatasi UKM dan USM dalam beberapa disipilin, estabhlishments dan ranking universiti dunia setahun dua ini.
3. Saya mahu berbicara mengenai minda doktor ortodoks dan doktor transformasi. Jika anda perhatikan, seseorang doktor perubatan mempunyai management yang berbeza-beza apatah lagi jika berasal dari universiti yang berbeza-beza. Barangkali ada doktor mahu seseorang pesakit itu diselamatkan dengan kadar segera sekiranya banyak implikasi dan simptoms menunjukkan prosedur perlu dimuktamadkan. Malangnya, elemen secondary, backround history kadang dipandang sebelah mata kerana yang penting kepada mereka pesakit dapat diselamatkan. Ianya kelihatan machivelli, tetapi benarkah?.
4. Ada yang taksub dengan teori perubatan tahun 1940an dan pasca Perang Dunia Kedua. Singapura dengan Malaya, atau Singapura dengan Malaysia mempunyai backround yang berbeza dari aspek politik, agama dan kepercayaan.
5. Hari ini pula, doktor Islam yang benar-benar Islamik dalam filosofi dan teori, mereka masih mengamalkan perubatan moden tetapi tidak meninggalkan kepercayaan Islam mereka ketika melakukan procedur. Mereka menutup aurat, memulakan dengan Bismillah, bercakap benar, bertindak benar dan masih memberi laluan kepada perubatan Islam sebagai suatu alternatif. Mereka ini nampaknya sedang mengambil tempat.
6. Islamisasi moden di Malaysia bermula pada awal 1970an dan berkembang pesat pada awal 1980an. Ianya bukan dimulakan oleh doktor ortodoks. Sebenarnya, ABIM adalah pelopornya. Manakala Kerajaan Saudi penyumbang dana yang utama kepada ABIM ketika itu. Bukanlah perkara baharu Kerajaan Di Raja Saudi memberi dana kepada pemimpin-pemimpin NGO dan pemimpin-pemimpin negara-negara Islam seperti Malaysia.
7. Dengan keadaan geopolitik dunia dan serantau berubah setiap hari, maka beberapa management perubatan lama tidak lagi sesuai untuk digunakan. Jika dahulu rakyat Malaysia hanya kira-kira 15 juta orang tetapi kini mencecah 31 juta orang tidak termasuk warga asing. Jika dahulu media dikawal 100% tetapi kini new media dan internet tidak ada sesiapa boleh kawal 100% hatta oleh NASA, CIA, FBI, MIA, PIA apatah lagi SKMM.
8. Rakyat semakin celik. Sebab itulah doktor ortodoks era Perang Dunia Kedua yang tidak menyambung ilmu mereka ke peringkat pakar, sub specialty atau PhD akan mempunyai pemikiran yang ortodoks dan takut kepada transformasi apabila mereka berpindah ke sektor lain. Dalam pada itu, rakyat tidak boleh dihalang untuk transform kerana sumber manusia, geopolitics dan sumber semulajadi turut berubah, ilmu berkembang setiap hari. Malangnya ada orang masih mahu gunakan teori ortodoks.
9. Oleh yang demikian, rakyat perlu berada di atas landasan transformasi ke hadapan. Bukan ke belakang. Rakyat Malaysia berada di mana-mana sekarang di Harvard Medical School, Washington University of Medicine, Queen Mary University of UK dan sebagainya dan sangat kurang di Medical College, Singapura. Pada hari ini, universiti-universiti perubatan di Singapura tidaklah jauh beza dengan UM, UKM, USM dan UPM.
10. Beberapa hospital baharu dijangka siap setahun dua ini antaranya Pusat Perubatan UPM, Hospital Cyberjaya dan beberapa lagi hospital baharu dalam Bajet 2018. Manakala pembesaran hospital sedia ada seperti Hospital Tawau sedang berjalan dengan status menjadi hospital pakar dalam beberapa disiplin.
11. Kesimpulannya, kita mahu transformasi atau ortodoks ?. Setiap doktor mempunyai management yang berbeza ketika menjalankan procedur ke atas pesakit. Setiap pemimpin mempunyai management yang juga berbeza ketika berhadapan perubahan-perubahan terkini di dalam negara. Management 30 tahun dahulu tidak mungkin sesuai lagi digunakan sekarang ini dan pada masa hadapan.
12. Dahulu ramai orang boleh terpedaya oleh media tradisional dan ortodoks, kerana ianya dikawal oleh mereka yang berfikiran ortodoks. Sejarah kewartawanan Malaysia membuktikan hanya Tan Sri A. Samad Ismail sahaja tokoh wartawan yang berani dan bebas di Malaysia. Rakyat berminda transformasi bercakap tentang masa hadapan, manakala mereka yang ortodoks masih bercakap hal perkauman dan kesukuan.
Demikianlah Artikel Doktor Ortodoks, Doktor Transformasi & Universiti Malaya
Sekianlah artikel Doktor Ortodoks, Doktor Transformasi & Universiti Malaya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Doktor Ortodoks, Doktor Transformasi & Universiti Malaya dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/10/doktor-ortodoks-doktor-transformasi.html