Judul : Fastaqim 2.0 jadi saksi penyertaan PCM, BERJASA dalam Gagasan Sejahtera
link : Fastaqim 2.0 jadi saksi penyertaan PCM, BERJASA dalam Gagasan Sejahtera
Fastaqim 2.0 jadi saksi penyertaan PCM, BERJASA dalam Gagasan Sejahtera
Oleh Ainor Rahim dan Wan Anis Ilyani Wan Mohamad Azhar
KUALA NERUS: Malam kemuncak Fastaqim 2.0 semalam turut mengisytiharkan penyertaan Parti Cinta Malaysia (PCM) dan Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) sebagai parti komponen baru gabungan Gagasan Sejahtera (GAGASAN).
Penyertaan dua parti itu dilihat memantapkan lagi barisan blok ketiga diterajui PAS dalam percaturannya mendepani Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang dijangka berlangsung pada bila-bila masa.
Timbalan Presiden PCM, Datuk Huan Cheng Guan dalam ucapan julung kalinya di pentas Fastaqim berkata, keputusan bersama PAS merupakan keputusan tepat atas status pemimpinnya yang 'bersih' dari rasuah, jika dibandingkan dengan DAP.
Cheng Guan turut mengambil kesempatan membidas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang dakwanya dalam diam sedang 'mengintai' jawatan tertentu seandainya Pakatan Harapan (PH) menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.
"Bagi pendapat saya PAS seratus peratus, seribu peratus lebih baik dari DAP. Kerana apa? Kerana rasuah. Pemimpin DAP, Setiausaha Agung Guan Eng didakwa di mahkamah. Itu dia kotor, dia tak bersih. Kalau dibanding dengan pemimpin PAS. Mana ada yang kena tangkap rasuah.
"Ditangkap rasuah, tak mahu letak jawatan pula. Apa apa dia suruh orang lain letak jawatan. Itulah Guan Eng.
"Cina dalam DAP dia gila. Semua lebih kurang gila. Semua boleh saman saya. Ini dia nak jadi Timbalan Menteri lah, Menteri lah, Perdana Menteri lah. Kalau boleh semua kuasa dia nak rampas termasuk bapa dia pun gila jugak. Bapa dia nak jadi Timbalan PM. Dia sedang berpakat dengan 'Mr U-turn'," ujarnya merujuk kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Mengulas lanjut, beliau turut mengkritik pentadbiran DAP di Pulau Pinang yang dakwanya semakin rancak 'menggadai' hak rakyat negeri itu, meskipun baru memerintah selama dua penggal.
"Tanah-tanah di Pulau Pinang pun dia dah jual habis dah. Habis jual kepada siapa? Orang Singapura. Kalau kita bagi dia perintah dua penggal lagi, saya rasa rumput pun dia jual habis semua. Rumput pasir semua habis tinggal pokok saja. Itulah DAP," tambahnya.
Pada 30 April lalu, Cheng Guan dilaporkan menyatakan bahawa PCM bersedia untuk bekerjasama dengan PAS khususnya bagi menghadapi PRU14 untuk terus mengukuhkan GAGASAN dalam memacu gerakan perubahan dan memimpin kebangkitan rakyat.
Sementara itu, satu lagi komponen 'thirdforce' GAGASAN, BERJASA, menerusi Timbalan Presidennya, Datuk Hashim Karim berkata partinya dan PAS berkongsi matlamat yang sama iaitu memperkukuh kedudukan Melayu dan Islam khususnya di Parlimen yang katanya semakin terhakis.
"Dalam PRU13 kita mula sebut tentang 'thirdforce'. Baru, parti kecil nak jadi thirdforce. Rupanya Allah Maha Mendengar dan Maha MengetahuI. Hari ini sudah jadi thirdforce. BERJASA dijemput masuk. Sekarang BERJASA dah besar dah. Ini semua BERJASA, kita adik beradik. Tiada beza kita akan bekerjasama. Apa berlaku kita kerjasama.
"Kita bertanding bawah satu logo bawah PAS. Mana PAS tak tanding kita masuk..Menang tak menang lain cerita.
"Apa kita punya matlamat ialah tak lain tak bukan untuk pertahankan kedudukan Melayu di dalam Parlimen kerana lepas PRU 12 makin lama makin hakis. Ahli Parlimen (Melayu) di parlimen makin kurang. Maka sebab itu lah DAP sekarang ini makin kurang ajar. Dia tengok Melayu makin lama kurang," katanya.
BERJASA yang ditubuhkan pada 1977 merupakan parti alternatif kepada PAS di Kelantan dengan Yang Dipertua pertamanya adalah Allahyarham Datuk Mohammad Nasir.
Dalam PRU 1982, BERJASA membentuk kerajaan bersama dengan Barisan Nasional (BN) setelah menang enam kerusi DUN, namun tidak menyertai PRU 1986 kerana telah keluar daripada BN.
Ia kemudian telah bekerjasama dengan Angkatan Perpaduan Ummah sewaktu PRU 1990 sehingga 1999.
Demikianlah Artikel Fastaqim 2.0 jadi saksi penyertaan PCM, BERJASA dalam Gagasan Sejahtera
Sekianlah artikel Fastaqim 2.0 jadi saksi penyertaan PCM, BERJASA dalam Gagasan Sejahtera kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Fastaqim 2.0 jadi saksi penyertaan PCM, BERJASA dalam Gagasan Sejahtera dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/10/fastaqim-20-jadi-saksi-penyertaan-pcm.html