Judul : India mahu ekstradisi Zakir Naik dari Malaysia
link : India mahu ekstradisi Zakir Naik dari Malaysia
India mahu ekstradisi Zakir Naik dari Malaysia
Laporan media India juga berkata tuntutan ekstradisi rasmi akan dikemukakan kepada Arab Saudi, di mana beliau dikatakan tinggal dan bergerak.
PETALING JAYA: Kerajaan India dilaporkan mahu mengekstradisi pendakwah kontroversi Dr Zakir Naik dari Malaysia, lapor akhbar negara itu hari ini.
Agensi Siasatan Kebangsaan India (NIA) dilaporkan telah mengemukakan laporan siasatan terperinci mengenai kegiatan keganasan membabitkan Zakir kepada Kementerian Dalam Negeri (MHA) di New Delhi.
Dalam laporan hari ini, The Times of India (TOI) berkata agensi itu telah mendapatkan kebenaran pendakwaan daripada kementerian itu terhadap Zakir yang melarikan diri dari India dan diberikan status pemastautin tetap oleh Malaysia.
Ia berkata ini adalah 1 langkah ke arah mendapatkan ekstradisi beliau dari Malaysia dan Arab Saudi di mana beliau diketahui berada.
Zakir kali terakhir dilihat pada 29 September ketika menyertai solat Jumaat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Gambar beliau bersama jemaah telah dimuat naik di Facebook dan disebarkan melalui media sosial.
Memetik sumber, akhbar itu melaporkan kementerian dimaklumkan bahawa siasatan terhadap Zakir adalah lengkap dan peranan beliau dalam membiayai pemuda Islam India untuk menyertai “jihad” telah disokong dengan bukti yang kuat.
Ia berkata terdapat juga bukti yang dikumpulkan mengenai tindakan memupuk permusuhan antara kumpulan agama, mengganggu keharmonian kaum dan cuba melakukan penukaran agama secara paksa melalui NGO beliau yang dikenali sebagai Yayasan Penyelidikan Islam (IRF).
Sumber berkata tindakan pendakwaan telah diambil di bawah Seksyen 18 Akta Pencegahan Keganasan India yang berkaitan dengan konspirasi keganasan, Seksyen 10 dan 13 akta yang sama di mana menjadi anggota pertubuhan menyalahi undang-undang, dan Seksyen 153 dari Kod Kesalahan India yang berkaitan dengan menghasut kebencian kaum.
Menurut laporan TOI, NIA akan memfailkan dakwaan terhadap Zakir, rakan-rakannya dan IRF, sebaik sahaja MHA memberikan kebenaran tuntutan.
“Ini kemudian akan digunakan untuk menghantar permintaan ekstradisi rasmi ke Malaysia dan Arab Saudi, di mana beliau dikatakan tinggal dan bergerak,” katanya.
Ia berkata siasatan NIA mendedahkan beliau adalah radikal dan mempengaruhi beberapa anak muda Islam terhadap aktiviti jihad menerusi ucapannya.
Anak-anak muda kemudian menyertai pertubuhan-pertubuhan pelampau yang ganas dan serangan terancang yang dirancang di India, tambah laporan itu.
Demikianlah Artikel India mahu ekstradisi Zakir Naik dari Malaysia
Sekianlah artikel India mahu ekstradisi Zakir Naik dari Malaysia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel India mahu ekstradisi Zakir Naik dari Malaysia dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/10/india-mahu-ekstradisi-zakir-naik-dari.html