Jakim rujuk Zamihan ke lembaga tatatertib

Jakim rujuk Zamihan ke lembaga tatatertib - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jakim rujuk Zamihan ke lembaga tatatertib, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jakim rujuk Zamihan ke lembaga tatatertib
link : Jakim rujuk Zamihan ke lembaga tatatertib

Baca juga


Jakim rujuk Zamihan ke lembaga tatatertib

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan Zamihan Mat Zain, pendakwah yang mencetuskan kontroversi menerusi ceramahnya baru-baru, adalah pegawai kader mereka yang ditugaskan di Kementerian Dalam Negeri (KDN).
 
Ketua Pengarah Jakim, Tan Sri Othman Mustapah berkata Zamihan merupakan pegawai kader Jakim di KDN yang kini ditempatkan di Penjara Kajang.
 
Dalam satu kenyataannya, Othman juga berkata Jakim memandangkan serius ceramah Zamihan yang tular sejak beberapa hari lalu, yang didakwa mengandungi unsur kritikan terhadap Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
 
Beliau juga mengesahkan Jakim telah memanggil Zamihan pada pagi semalam untuk mendapatkan penjelasan lanjut.
 
"Jakim telah memutuskan untuk merujuk perkara ini kepada lembaga tatatertib untuk tindakan lanjut,” kata Othman dalam kenyataan itu. 
 
Dalam satu ceramah pada Ahad lalu di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam, Zamihan dilaporkan mengkritik tindakan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang campur tangan dalam isu dobi 'mesra Muslim', selain turut menggelarkan orang Cina sebagai 'tidak bersih'.
 
“Ada sultan kata ‘dobi mesra Muslim tak patut diadakan di negeri beta’, dan ‘ini bukan negeri Taliban'? Tak patut Tuanku Sultan cakap macam itu.
 
“Cina biasa kencing berak tak basuh. Bagaimana tentang darah haid mereka, pada pakaian dalam mereka, peluk dakap anjing, minum arak, tumpah arak, makan babi, sup babi. Itu semua sinonim dengan mereka,” demikian petikan ceramah Zamihan.
 
Selepas video ceramah itu tular, Zamihan mengecam laporan beberapa media yang dakwanya 'berniat jahat'.
 
Zamihan juga mendakwa beliau berceramah atas kapasiti sebagai Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja) dan tiada kaitan dengan Jakim kerana tidak lagi berkhidmat dengan jabatan itu sejak 13 tahun lalu. 
 
Zamihan bagaimanapun ditahan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur pada petang semalam.
 
 


Demikianlah Artikel Jakim rujuk Zamihan ke lembaga tatatertib

Sekianlah artikel Jakim rujuk Zamihan ke lembaga tatatertib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jakim rujuk Zamihan ke lembaga tatatertib dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/10/jakim-rujuk-zamihan-ke-lembaga.html

Subscribe to receive free email updates: