Judul : Jangan bazir makanan, lepas makan basuh pinggan, kata Jamal
link : Jangan bazir makanan, lepas makan basuh pinggan, kata Jamal
Jangan bazir makanan, lepas makan basuh pinggan, kata Jamal
DALIA ISMAIL Foto: WAN ZAHARI WAN SALLEH“Makan sampai kenyang, jangan sampai membazir. Lepas makan cuci pinggan sendiri.Cuci bersih-bersih. Lepas ini kawan kita pula yang nak guna pinggan dan cawan yang sama,” itu kata-kata yang dilontarkan Datuk Seri Jamal Md Yunos berulang-ulang ketika menyambut warga kota di Restoran Gabungan NGO 1Malaysia di Jalan Pahang hari ini.
Hari ini bermulanya kerja amal Jamal dan rakan-rakan NGO lain untuk menjamu warga kota dengan makan tengahari percuma setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad.
Sejam selepas restoran di buka pada 11 pagi tadi, dianggarkan 100 orang hadir untuk menikmati makan tengahari tidak putus-putus.
Lauk yang dihidangkan di hari pertama seperti ayam masak merah, ikan goreng bercili, sayur kobis masak lemak, acar timun dan nenas, jagung rebus, sirap, air sejuk dan teh o panas.Nasi pula disediakan nasi putih dan nasi minyak.
Mereka dilihat makan dengan harmoni tidak mengira fahaman politik mahupun kaum yang datang dari sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Suasana ibarat satu majlis kenduri kendara dengan alunan muzik turut berkumandang dalam suana hiruk pikuk kenderaan lalu lintas di sepanjang Jalan Pahang.Mereka beratur bersama mengambil nasi, lauk pauk dan minuman.
Orang ramai yang hadir juga dilihat tidak berasa kekok apabila lepas makan ‘diwajibkan’ membasuh pinggan,sudu, garpu dan cawan sendiri mereka sendiri menuju ke sinki membasuh.
Kelihatan juga sekali sekala Jamal membantu mengisikan nasi dan lauk ke pinggan orang ramai serta beramah mesra dengan warga kota yang hadir ke restorannya, ada juga mengambil kesempatan berswafoto dengannya.
Menurut Jamal beliau menyediakan makanan untuk menu tengahari dengan kos RM5 sepinggan hidangan rakyat.
Beliau menjangkakan hari ini seramai 1,000 orang akan hadir dari jam 11 hingga 3 petang ini.
Namun sehingga jam 2.10 petang ini lauk pauk sudah hampir habis dan Jamal memaklumkan mereka yang datang boleh menikmati makan tengahari percuma pada esok.
Menu yang dihidangkan di restoran ini akan ditukar setiap hari.”Setiap hari kita akan menukar menu untuk dihidangkan kepada warga kota.
“Hari ini kita nak lihat berapa ramai yang hadir dan makanan akan disediakan mengikut menu dan kapasiti 1,000 orang setiap hari,” ujarnya, kepada media yang telah menunggu sejak awal pagi untuk melihat sambutan warga kota terhadap kerja amal yang dilakukan oleh Gabungan NGO 1Malaysia ini.
Orang ramai yang hadir rata-ratanya memuji dan melahirkan rasa syukur kerana ada NGO yang diketuai oleh Jamal untuk bersama melakukan kerja amal bagi meringankan beban warga kota.
Apa kata orang ramai
Antara yang turut kelihatan Pengarah Urusan Restoran Ali Maju Datuk Jawahar Ali Taib Khan.
Beliau menyambut baik usaha yang dijalankan oleh Jamal dan rakan-rakannya.
” Saya hadir untuk meninjau sambutan orang ramai. Alhamdulillah saya lihat semua kaum ada tidak mengira fahaman politik.
” Ini kawasan yang paling sibuk di bawah DBKL. Ini inisiatif cukup baik dan diharap orang di luar sana turut menyokong usaha dilakukan oleh Jamal.
“Biasanya dengan lauk yang dihidangkan hari ini boleh mencecah RM7 paling rendah pun harga makan di KL, kalau tak ada RM5 di poket memang tak lengkap makanan,” ujarnya yang mempunyai 21 buah restoran turut menyediakan harga patut.
Turut hadir Pengerusi Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah (MJMM) Rani Kulup berkata, beliau hadir untuk meninjau sambutan orang ramai terhadap usaha dilakukan NGO Gabungan 1Malaysia ini.
“Ini perkara yang sangat baik di masa kini. Ini kerana sukar nak lihat orang yang sanggup nak bagi makan percuma hanya segelintir orang sahaja yang sanggup buat kerja macam ni.
“Allah swt bagi rezeki makan sajalah jangan nak dipertikai siapa yang bagi makan. Saya harap orang ramai yang rasa mereka tak cukup duit nak makan datang saja di sini, tiap hari pun tak menjadi masalah kerana apa yang Jamal dan rakan-rakan NGO buat adalah untuk mereka (golongan yang kurang berkemampuan),” ujarnya.
Bagi pengunjung Mohd Nazir Osman, Amir Khairudin Jali dan Sulaiman Abdullah tiga sahabat ini hadir ke restoran ini untuk meninjau sambutan orang ramai yang hadir hari ini.
Kata Mohd Nazir mewakili rakan-rakannya ia usaha yang bagus dilakukan untuk rakyat dalam situasi ekonomi yang tidak menentu.
“Dengan adanya makan tenghari percuma ini dapat membantu golongan berpendapatan rendah. Ini kerana makan tengahari adalah menu yang penting dan ia memerlukan kos yang tinggi untuk menghidangkannya setiap hari,” ujarnya yang mengharapkan usaha dilakukan Jamal ini berterusan tidak terhenti.
Bagi warga emas yang mahu dikenali sebagai Lim berkata, beliau mengetahui adanya makan tengahari percuma melalui rakannya. Katanya, menu makanan yang dihidangkan cukup sedap dan berhasrat untuk datang lagi.
“Sangat sedap.Saya suka. Mau datang lagi ajak kawan,” ujarnya.
Ditanya perasaannya bila makan percuma kena basuh pingggan dan cawan beliau berkata:” Tentulah sudah makan free mesti kena basuh pinggan..bukan susah basuh pinggan, di rumah kita semua pun basuh pinggan lepas makan,” ujarnya.
Sehingga jam 1 tengahari restoran yang memuatkan 250 buah kerusi sudah dipenuhi orang ramai kerana waktu makan tengahari bagi warga kota yang bekerja di kawasan sekitar sudah mula datang untuk menikmati makan tengahari percuma.
Bagi pasangan suami isteri Abdul Haris Tajuddin dan Rohaya Samad yang datang bersama dua anak mereka berkata, ide makan tengahari percuma yang dilakukan oleh Jamal bertepatan pada masanya rakyat menghadapi masalah untuk menanggung kos sara hidup yang semakin meningkat.
“Kita semua tahu harga ikan, ayam dan daging mahal sekarang.
“Saya tahu ada makan tengahari kerana diberitahu dalam grup whatapps rakan -rakan jadi kami datang ke sini nak rasa masakan dan tinjau suasana,” ujarnya.
Ditanya sama ada akan datang lagi beliau berkata,” takdalah bagilah orang lain pula makan, orang yang lebih susah,” ujarnya yang tinggal di Sentul.
Usaha yang dilakukan Jamal ini turut mengejutkan seorang ibu tunggal yang hanya mahu dikenali sebagai Natashah mengakui tidak percaya ada pihak yang sanggup memberi makan percuma setiap hari.
“Biasanya kita denganr orang bagi makan percuma ada masa-masa tertentu. Tetapi Datuk Jamal nak bagi makan tengah hari percuma tiap hari.
“Saya macam tak percaya kerana saya dapat tahu dari rakan-rakan kata ada makan percuma tiap hari. Sebab itu hari ini saya datang kerana nak tengok sama ada betul ke tidaknya tiap hari,” ujar beliau yang akhirnya mula yakin apabila terlihat banner besar di hadapan restoran.
Jamal turut mengumumkan kepada orang ramai yang hadir beliau akan membuka sebuah lagi restoran yang mempunyai konsep sama makan percuma tengahari di Sekinchan pada 25 November ini.
Hari ini bermulanya kerja amal Jamal dan rakan-rakan NGO lain untuk menjamu warga kota dengan makan tengahari percuma setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad.
Sejam selepas restoran di buka pada 11 pagi tadi, dianggarkan 100 orang hadir untuk menikmati makan tengahari tidak putus-putus.
Lauk yang dihidangkan di hari pertama seperti ayam masak merah, ikan goreng bercili, sayur kobis masak lemak, acar timun dan nenas, jagung rebus, sirap, air sejuk dan teh o panas.Nasi pula disediakan nasi putih dan nasi minyak.
Mereka dilihat makan dengan harmoni tidak mengira fahaman politik mahupun kaum yang datang dari sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
Suasana ibarat satu majlis kenduri kendara dengan alunan muzik turut berkumandang dalam suana hiruk pikuk kenderaan lalu lintas di sepanjang Jalan Pahang.Mereka beratur bersama mengambil nasi, lauk pauk dan minuman.
Orang ramai yang hadir juga dilihat tidak berasa kekok apabila lepas makan ‘diwajibkan’ membasuh pinggan,sudu, garpu dan cawan sendiri mereka sendiri menuju ke sinki membasuh.
Kelihatan juga sekali sekala Jamal membantu mengisikan nasi dan lauk ke pinggan orang ramai serta beramah mesra dengan warga kota yang hadir ke restorannya, ada juga mengambil kesempatan berswafoto dengannya.
Menurut Jamal beliau menyediakan makanan untuk menu tengahari dengan kos RM5 sepinggan hidangan rakyat.
Beliau menjangkakan hari ini seramai 1,000 orang akan hadir dari jam 11 hingga 3 petang ini.
Namun sehingga jam 2.10 petang ini lauk pauk sudah hampir habis dan Jamal memaklumkan mereka yang datang boleh menikmati makan tengahari percuma pada esok.
Menu yang dihidangkan di restoran ini akan ditukar setiap hari.”Setiap hari kita akan menukar menu untuk dihidangkan kepada warga kota.
“Hari ini kita nak lihat berapa ramai yang hadir dan makanan akan disediakan mengikut menu dan kapasiti 1,000 orang setiap hari,” ujarnya, kepada media yang telah menunggu sejak awal pagi untuk melihat sambutan warga kota terhadap kerja amal yang dilakukan oleh Gabungan NGO 1Malaysia ini.
Orang ramai yang hadir rata-ratanya memuji dan melahirkan rasa syukur kerana ada NGO yang diketuai oleh Jamal untuk bersama melakukan kerja amal bagi meringankan beban warga kota.
Apa kata orang ramai
Antara yang turut kelihatan Pengarah Urusan Restoran Ali Maju Datuk Jawahar Ali Taib Khan.
Beliau menyambut baik usaha yang dijalankan oleh Jamal dan rakan-rakannya.
Datuk Jawahar Ali
” Saya hadir untuk meninjau sambutan orang ramai. Alhamdulillah saya lihat semua kaum ada tidak mengira fahaman politik.
” Ini kawasan yang paling sibuk di bawah DBKL. Ini inisiatif cukup baik dan diharap orang di luar sana turut menyokong usaha dilakukan oleh Jamal.
“Biasanya dengan lauk yang dihidangkan hari ini boleh mencecah RM7 paling rendah pun harga makan di KL, kalau tak ada RM5 di poket memang tak lengkap makanan,” ujarnya yang mempunyai 21 buah restoran turut menyediakan harga patut.
Turut hadir Pengerusi Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah (MJMM) Rani Kulup berkata, beliau hadir untuk meninjau sambutan orang ramai terhadap usaha dilakukan NGO Gabungan 1Malaysia ini.
“Ini perkara yang sangat baik di masa kini. Ini kerana sukar nak lihat orang yang sanggup nak bagi makan percuma hanya segelintir orang sahaja yang sanggup buat kerja macam ni.
“Allah swt bagi rezeki makan sajalah jangan nak dipertikai siapa yang bagi makan. Saya harap orang ramai yang rasa mereka tak cukup duit nak makan datang saja di sini, tiap hari pun tak menjadi masalah kerana apa yang Jamal dan rakan-rakan NGO buat adalah untuk mereka (golongan yang kurang berkemampuan),” ujarnya.
Bagi pengunjung Mohd Nazir Osman, Amir Khairudin Jali dan Sulaiman Abdullah tiga sahabat ini hadir ke restoran ini untuk meninjau sambutan orang ramai yang hadir hari ini.
Kata Mohd Nazir mewakili rakan-rakannya ia usaha yang bagus dilakukan untuk rakyat dalam situasi ekonomi yang tidak menentu.
“Dengan adanya makan tenghari percuma ini dapat membantu golongan berpendapatan rendah. Ini kerana makan tengahari adalah menu yang penting dan ia memerlukan kos yang tinggi untuk menghidangkannya setiap hari,” ujarnya yang mengharapkan usaha dilakukan Jamal ini berterusan tidak terhenti.
Bagi warga emas yang mahu dikenali sebagai Lim berkata, beliau mengetahui adanya makan tengahari percuma melalui rakannya. Katanya, menu makanan yang dihidangkan cukup sedap dan berhasrat untuk datang lagi.
“Sangat sedap.Saya suka. Mau datang lagi ajak kawan,” ujarnya.
Ditanya perasaannya bila makan percuma kena basuh pingggan dan cawan beliau berkata:” Tentulah sudah makan free mesti kena basuh pinggan..bukan susah basuh pinggan, di rumah kita semua pun basuh pinggan lepas makan,” ujarnya.
Sehingga jam 1 tengahari restoran yang memuatkan 250 buah kerusi sudah dipenuhi orang ramai kerana waktu makan tengahari bagi warga kota yang bekerja di kawasan sekitar sudah mula datang untuk menikmati makan tengahari percuma.
Abdul Haris Tajuddin bersama isterinya Rohaya Samad dan dua anaknya.
“Kita semua tahu harga ikan, ayam dan daging mahal sekarang.
“Saya tahu ada makan tengahari kerana diberitahu dalam grup whatapps rakan -rakan jadi kami datang ke sini nak rasa masakan dan tinjau suasana,” ujarnya.
Ditanya sama ada akan datang lagi beliau berkata,” takdalah bagilah orang lain pula makan, orang yang lebih susah,” ujarnya yang tinggal di Sentul.
Usaha yang dilakukan Jamal ini turut mengejutkan seorang ibu tunggal yang hanya mahu dikenali sebagai Natashah mengakui tidak percaya ada pihak yang sanggup memberi makan percuma setiap hari.
“Biasanya kita denganr orang bagi makan percuma ada masa-masa tertentu. Tetapi Datuk Jamal nak bagi makan tengah hari percuma tiap hari.
“Saya macam tak percaya kerana saya dapat tahu dari rakan-rakan kata ada makan percuma tiap hari. Sebab itu hari ini saya datang kerana nak tengok sama ada betul ke tidaknya tiap hari,” ujar beliau yang akhirnya mula yakin apabila terlihat banner besar di hadapan restoran.
Jamal turut mengumumkan kepada orang ramai yang hadir beliau akan membuka sebuah lagi restoran yang mempunyai konsep sama makan percuma tengahari di Sekinchan pada 25 November ini.
Sebanyak 250 kerusi sudah dipenuhi orang ramai pada jam 1 tengahari.
Demikianlah Artikel Jangan bazir makanan, lepas makan basuh pinggan, kata Jamal
Sekianlah artikel Jangan bazir makanan, lepas makan basuh pinggan, kata Jamal kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Jangan bazir makanan, lepas makan basuh pinggan, kata Jamal dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/10/jangan-bazir-makanan-lepas-makan-basuh.html