Kebocoran gas: 6 individu direman 3 hari

Kebocoran gas: 6 individu direman 3 hari - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kebocoran gas: 6 individu direman 3 hari, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kebocoran gas: 6 individu direman 3 hari
link : Kebocoran gas: 6 individu direman 3 hari

Baca juga


Kebocoran gas: 6 individu direman 3 hari

THE MALAYSIAN TIMES
 


MELAKA: Enam individu direman tiga hari bagi membantu siasatan kes kebocoran gas klorin di Kampung Tambak Paya, Jasin dekat sini, Khamis lepas.

Tempoh reman bagi tiga suspek yang ditahan semalam selama tiga hari bermula hari ini, manakala tiga lagi suspek yang direman sejak Sabtu lepas dilanjutkan tempoh sama (tiga hari) bermula esok.

Perintah reman ke atas enam suspek berusia 23 tahun dan 58 tahun itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Mohd Anuar Ostadi di Kompleks Mahkamah Melaka di Ayer Keroh di sini.

Penahanan reman itu dibuat bagi membolehkan siasatan ke atas mereka mengikut Seksyen 24 Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 dan Seksyen 284 Kanun Keseksaan.

Khamis lepas media melaporkan dalam kejadian kira-kira 5.30 petang, 250 penduduk di kampung tersebut diarahkan mengosongkan kediaman mereka oleh pihak bomba atas faktor keselamatan.

Manakala 50 mangsa termasuk anggota pihak berkuasa dikejarkan ke Hospital Melaka dan Hospital Jasin kerana mengalami sesak nafas dipercayai selepas terhidu gas klorin.

Dalam kejadian itu tujuh tong ditemui dibuang di kawasan rumah tinggal kampung itu, sebelum satu daripada tong tersebut bocor dan mengeluarkan bahan kimia dipercayai klorin.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, ACP Kamaluddin Kassim ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Beliau berkata suspek yang direman ada yang bekerja sebagai pemandu lori, pekebun, dan peraih besi buruk.–Bernama



Demikianlah Artikel Kebocoran gas: 6 individu direman 3 hari

Sekianlah artikel Kebocoran gas: 6 individu direman 3 hari kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kebocoran gas: 6 individu direman 3 hari dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/10/kebocoran-gas-6-individu-direman-3-hari.html

Subscribe to receive free email updates: