Judul : Kecewa dengan parti, 50 ahli PAS masuk Umno
link : Kecewa dengan parti, 50 ahli PAS masuk Umno
Kecewa dengan parti, 50 ahli PAS masuk Umno
ANTARAPOSPASIR MAS: Kecewa dengan tindak-tanduk parti, seramai 50 ahli PAS dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Tendong hari ini mengumumkan keluar parti dan menyertai Umno.
Surat pendaftaran itu diserahkan melalui ketuanya, Mat Zaid Junoh, 55, kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam majlis Jamuan Rakyat di Kampung Paloh, hari ini.
“Sejak kematian Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat parti ini semakin bercelaru, PAS juga kekal dengan sikap menuding kesalahan kepada pihak lain.
“Saya tertarik dengan ikatan silaturahim sesama orang Umno terutama yang ditunjukkan oleh kepimpinan tertinggi.
“Walaupun aktif dengan PAS Cawangan Tepi Sungai Tendong sejak 29 tahun lalu tapi sudah sampai masa saya masuk Umno dan jejak saya turut disertai dua orang anak perempuan saya," katanya.
Mustapa, ketika mengulas hal itu berkata menjangkakan lebih ramai lagi pihak yang akan menyertai Umno, lebih-lebih mendepani pilihan raya umum akan datang.
"Angka 50 orang ini adalah jumlah yang agak besar, selalunya dalam empat hingga lima orang sahaja.
"Setakat ini kita dapat maklumat ada sahabat-sahabat kita di Pasir Puteh dan Kuala Krai akan turut sama dalam perjuangan UMNO," katanya.
Demikianlah Artikel Kecewa dengan parti, 50 ahli PAS masuk Umno
Sekianlah artikel Kecewa dengan parti, 50 ahli PAS masuk Umno kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kecewa dengan parti, 50 ahli PAS masuk Umno dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/10/kecewa-dengan-parti-50-ahli-pas-masuk.html