Ketua Pemuda Umno Tawau akui tangkapan SPRM tak kira fahaman politik

Ketua Pemuda Umno Tawau akui tangkapan SPRM tak kira fahaman politik - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ketua Pemuda Umno Tawau akui tangkapan SPRM tak kira fahaman politik, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ketua Pemuda Umno Tawau akui tangkapan SPRM tak kira fahaman politik
link : Ketua Pemuda Umno Tawau akui tangkapan SPRM tak kira fahaman politik

Baca juga


Ketua Pemuda Umno Tawau akui tangkapan SPRM tak kira fahaman politik

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
TAWAU: Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Tawau, Ariffin Kassim menyifatkan episod direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini bagi membantu siasatan penyelewengan dana di Sabah sebagai iktibar dalam karier politiknya.
 
Beliau turut menyokong penuh tindakan SPRM dalam menangani gejala rasuah di negara ini tanpa mengira fahaman politik.
 
Bagaimanapun, katanya ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian terutamanya berkaitan Prosedur Operasi Standard (SOP) tangkapan selain penggunaan pakaian (baju lokap oren) ketika dibawa ke mahkamah.
 
"Sejak hari pertama lagi ketika diminta hadir di pejabat SPRM untuk diambil keterangan saya telah memberikan kerjasama sepenuhnya.
 
"Namun memaksa individu yang ditahan bagi tujuan siasatan memakai baju lokap berwarna oren, sambil tangan digari adalah satu tindakan yang mencabul hak asasi manusia dan sebagai rakyat Malaysia," katanya dalam sidang media di sini. 
 
Arifin berkata, sebagai ahli politik tindakan itu (menggari dan memakai baju lokap) seolah-olah memberi persepsi dan tanggapan negatif seperti pesalah walaupun belum dibuktikan bersalah di mahkamah.
 
"Tindakan itu seolah-olah menghukum kami bersalah atas tuduhan rasuah sedangkan pertuduhan pun masih belum dibuat.
 
"Selain itu, tindakan itu juga boleh menjejaskan nama baik sebagai ahli politik bahkan turut memberi kesan kepada institusi pergerakan pemuda Umno," katanya.
 
Sehubungan itu katanya, sudah tiba masanya SPRM mengkaji semula SOP yang dilihat sebagai tidak adil bukan sahaja kepada individu atau ahli politik malah rakyat keseluruhannya.
 
Terdahulu kira-kira 200 penyokong dan ahli Umno hadir menyambut ketibaanya di Lapangan Terbang Tawau, semalam, selepas dibebaskan.
 
 


Demikianlah Artikel Ketua Pemuda Umno Tawau akui tangkapan SPRM tak kira fahaman politik

Sekianlah artikel Ketua Pemuda Umno Tawau akui tangkapan SPRM tak kira fahaman politik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ketua Pemuda Umno Tawau akui tangkapan SPRM tak kira fahaman politik dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/10/ketua-pemuda-umno-tawau-akui-tangkapan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :