Khalid ajak 3 bekas MB Umno bantu rakyat Selangor

Khalid ajak 3 bekas MB Umno bantu rakyat Selangor - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Khalid ajak 3 bekas MB Umno bantu rakyat Selangor, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Khalid ajak 3 bekas MB Umno bantu rakyat Selangor
link : Khalid ajak 3 bekas MB Umno bantu rakyat Selangor

Baca juga


Khalid ajak 3 bekas MB Umno bantu rakyat Selangor

DETIK DAILY



SHAH ALAM: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengajak 3 bekas menteri besar Selangor daripada Umno bekerjasama dengannya demi kebaikan dan kesejahteraan rakyat negeri itu.
Tiga bekas menteri besar yang dimaksudkan itu adalah Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, Tan Sri Abu Hassan Omar dan Dr Mohamad Khir Toyo.

Khalid menegaskan beliau tidak akan menyertai PAS mahupun Barisan Nasional (BN), tetapi sedia bekerjasama dengan mana-mana parti yang memperjuangkan kepentingan rakyat seperti penstrukturan semula industri bekalan air Selangor, bukannya untuk pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“Ada cerita bekas menteri besar Selangor yang lepas mahu meminang saya (sertai Barisan Nasional), jawapannya tidak perlulah. Saya tidak mahu.

“Tetapi, kalau mereka (3 bekas menteri besar) setuju hendak bekerjasama dalam memulangkan hak air kepada rakyat Selangor, maka saya akan ikut,” katanya selepas menghadiri program kutipan dana pilihan raya PAS di sini, hari ini.

Sebelum ini, Malaysiakini melaporkan Hassan mendakwa Khalid sedia membantu BN merampas kembali Selangor daripada Pakatan Harapan.


 Yang Dipertua Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Selangor itu berkata, Khalid termasuk dalam senarai 4 bekas menteri besar Selangor yang akan membantu kemenangan BN di negeri itu.

Mengulas lanjut, Khalid yang juga ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu berkata, PAS tidak perlu mempertikaikan sokongannya kepada parti itu kerana beliau akan tetap membantu parti Islam itu berkempen pada PRU14, walaupun bukan ahli.

“Saya hendak ingatkan rakan-rakan kita (PAS), saya akan bersama sepentas dengan PAS dan BN untuk kebaikan dan kepentingan Selangor sahaja.

“(PAS) Jangan takut, tidak perlu persoalkan. Yang kita hendak persoalkan adalah bagaimana mahu mendidik kepimpinan kita dengan prinsip Islam, kembali kepada kegemilangan Islam.”

Adun Pelabuhan Klang itu yang tidak mahu bertanding pada PRU14 berkata, perjuangannya kini melebihi perjuangan parti politik.

Khalid menyertai Umno sekitar 1990-an sebelum melompat ke PKR sekitar 2000.

Beliau dipilih sebagai menteri besar Selangor selepas kejayaan Pakatan Rakyat menawan negeri itu pada PRU 2008.

Namun, jawatan Khalid sebagai menteri besar tidak kekal lama, apabila beliau dipecat daripada PKR pada Ogos 2014 berikutan krisis dalaman parti itu.

Selepas disingkirkan daripada pejabat menteri besar, Khalid dilihat sering menyertai himpunan anjuran PAS, termasuk himpunan Fastaqim 2.0 yang berlangsung di Terengganu, akhir bulan lalu.



Demikianlah Artikel Khalid ajak 3 bekas MB Umno bantu rakyat Selangor

Sekianlah artikel Khalid ajak 3 bekas MB Umno bantu rakyat Selangor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Khalid ajak 3 bekas MB Umno bantu rakyat Selangor dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/10/khalid-ajak-3-bekas-mb-umno-bantu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :