Khalid Samad sedang 'takut' - PAS Selangor

Khalid Samad sedang 'takut' - PAS Selangor - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Khalid Samad sedang 'takut' - PAS Selangor, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Khalid Samad sedang 'takut' - PAS Selangor
link : Khalid Samad sedang 'takut' - PAS Selangor

Baca juga


Khalid Samad sedang 'takut' - PAS Selangor

Oleh Wan Anis Ilyani Wan M Azhar
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PAS mendakwa Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad dalam keadaan ketakutan selepas dikatakan tidak lagi mahu mempertahankan kerusi Parlimen Shah Alam.
 
Setiausaha PAS Selangor, Halim Omar berkata Khalid mungkin mengambil pertimbangan itu berikutan sedar makin banyak ketidakpuasan masyakarat di Shah Alam berkenaan prestasinya sebagai ahli Parlimen kawasan itu.
 
"Dia (Khalid) takut di Shah Alam sebab dah banyak isu di sini. Tindakannya meninggalkan kesan negatif, lari dari baiah, maka orang PAS di Shah Alam tak boleh terima beliau, bahkan tiada undi simpati dari orang-orang PAS dan masyarakat," katanya kepada Antarapos, hari ini.
 
Semalam, Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub memberitahu Khalid mungkin akan bertanding di Johor.
 
Perkembangan itu menimbulkan perdebatan umum dan ada yang menjangkakan Khalid bakal menentang abangnya, Tan Sri Shahrir Samad yang kini menyanding kerusi Parlimen Johor Bharu, mewakili Umno.
 
Namun Khalid pada hari ini memaklumkan tidak akan bertanding di kerusi Parlimen Johor Bahru kerana 'enggan melukakan hati ibunya'.
 
Kekosongan kerusi Parlimen Shah Alam dikatakan akan diisi Presiden Amanah, Mohamad Sabu atau Mat Sabu.
 
Halim ketika mengulas hal itu sinis dengan kemampuan Mat Sabu.
 
"Mat Sabu dimana-mana tempat berliau bertanding pun akan kalah, beliau tidak ada taring. Mat Sabu bukan ayam kampung, sebaliknya sudah jadi ayam daging.
 
"Mat Sabu bukan ancaman kepada PAS Shah Alam mahupun PAS Selangor," tegasnya.
 
Pandangan yang senada diberikan seorang lagi pemimpin PAS Selangor, Khairuddin Othman dengan menegaskan adalah lebih elok jika kesemua kerusi di negeri ini ditandingi oleh mereka yang berasal dari Selangor.
 
"Presiden mana-mana parti politik layak bertanding di mana-mana, namun yang akan menentukannya adalah rakyat. Saya kira jika sesiapa pun orang lain bertanding di Selangor, agak sukar sedikit (menang) sebab rakyat tahu menilai," ujar ADUN Paya Jaras itu.
 
Pada hujung September lalu, Amanah tampil dengan hasrat meletakkan Mat Sabu di kerusi Parlimen Kota Raka dan DUN Taman Templer pada PRU14 akan datang.
 
Kononnya usaha meletakkan Mat Sabu itu dikatakan sebagai mengukuhkan kedudukan parti itu di Selangor selain usaha Amanah untuk mengganti peranan PAS dalam kerajaan negeri.
 
Bagaimanapun perkara ini bukanlah asing buat Mat Sabu, yang berasal dari Kedah, memandangkan beliau pernah menjadi Ahli Parlimen Nilam Puri (1990), Kubang Kerian (1995) dan Kuala Kedah (1999).
 
Bagaimanapun bekas timbalan presiden PAS itu gagal mempertahankan kedudukannya di Kuala Kedah pada pilihan raya 2004, malah tewas sebagai calon PAS di Kuala Terengganu dan Pendang pada pilihan raya 2008 dan 2013.
 
 


Demikianlah Artikel Khalid Samad sedang 'takut' - PAS Selangor

Sekianlah artikel Khalid Samad sedang 'takut' - PAS Selangor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Khalid Samad sedang 'takut' - PAS Selangor dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/10/khalid-samad-sedang-takut-pas-selangor.html

Subscribe to receive free email updates: