KPN: Bukit Aman beri tumpuan khas usaha anti-pengganas di Sabah

KPN: Bukit Aman beri tumpuan khas usaha anti-pengganas di Sabah - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KPN: Bukit Aman beri tumpuan khas usaha anti-pengganas di Sabah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KPN: Bukit Aman beri tumpuan khas usaha anti-pengganas di Sabah
link : KPN: Bukit Aman beri tumpuan khas usaha anti-pengganas di Sabah

Baca juga


KPN: Bukit Aman beri tumpuan khas usaha anti-pengganas di Sabah

 
Pihak berkuasa bimbang militan melarikan diri ke Sabah daripada kemaraan tentera Filipina di Marawi. 


fuzi-harun


KOTA KINABALU: Bukit Aman menumpukan usaha melawan pengganas di Sabah susulan perkembangan terbaharu di selatan Filipina, yang menyaksikan 2 orang pemimpin pro-IS terbunuh.

Pemimpin Abu Sayyaf, Isnilon Hapilon dan pengasas bersama kumpulan Maute, Omar Maute, terbunuh selepas tengah malam semalam apabila tempat persembunyian mereka di bandar Marawi, Mindanao didedahkan kepada pihak berkuasa oleh seorang tebusan perempuan yang berjaya melepaskan diri.

Setiausaha Pertahanan Filipina Delfin Lorenzana berkata pihak tentera masih membersihkan saki-baki militan dan letupan buatan sendiri di kubu terakhr mereka.

Kemaraan tentera Filipina menimbulkan kebimbangan yang militan mungkin melarikan diri ke kawasan lain di negara itu, malah ke Indonesia dan Malaysia.

“Kita beri tumpuan khas kepada Sabah dalam kempen melawan pengganas kerana kedudukannya yang berdekatan dengan kawasan bermasalah dan perkembangan terbaharu di selatan Filipina,” kata Ketua Polis Negara Tan Sri Fuzi Harun kepada FMT.
 “Usaha melawan pengganas tidak hanya ditumpukan di Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (EssCom), yang meliputi sepanjang pantai timur Sabah dan perairan yang bersempadan dengan selatan Filipina, tetapi seluruh negeri itu.

“Kita berusaha sebaik mungkin untuk menghapuskan pengganas dan unsur militan di Sabah dan juga negara.”

Terdahulu, FMT melaporkan Fuzi sebagai berkata polis percaya pengganas paling dikehendaki, Mahmud Ahmad, dan militan warga Malaysia yang lain terselamat dalam serangan yang menewaskan Hapilon dan Omar.

Ketua EssCom Hazani Ghazali memberitahu FMT mereka mengetatkan operasi kawalan sempadan di pantai timur Sabah bagi memastikan tiada saki-baki militan menyelinap masuk.

Beberapa pengganas Abu Sayyaf warga Malaysia dan Filipina ditahan dan didakwa di Kuala Lumpur baru-baru ini selepas mereka didakwa masuk ke negara ini melalui Sabah.

Polis percaya mereka masuk melalui Sandakan, yang terletak di pantai timur Sabah berdekatan selatan Filipina.

Pada 2013, daerah Lahad Datu diserang militan yang menyokong individu yang mendakwa dirinya Sultan Sulu, Jamalul Kiram III, dari selatan Filipina, yang mahu menawan Sabah dari Malaysia.

Menurut kerajaan, 68 militan dan 10 anggota keselamatan terbunuh dalam pertempuran itu.



Demikianlah Artikel KPN: Bukit Aman beri tumpuan khas usaha anti-pengganas di Sabah

Sekianlah artikel KPN: Bukit Aman beri tumpuan khas usaha anti-pengganas di Sabah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KPN: Bukit Aman beri tumpuan khas usaha anti-pengganas di Sabah dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/10/kpn-bukit-aman-beri-tumpuan-khas-usaha.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :