Ku Nan yakin pengundi pilih BN jikapun Dr M tanding di Putrajaya

Ku Nan yakin pengundi pilih BN jikapun Dr M tanding di Putrajaya - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ku Nan yakin pengundi pilih BN jikapun Dr M tanding di Putrajaya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ku Nan yakin pengundi pilih BN jikapun Dr M tanding di Putrajaya
link : Ku Nan yakin pengundi pilih BN jikapun Dr M tanding di Putrajaya

Baca juga


Ku Nan yakin pengundi pilih BN jikapun Dr M tanding di Putrajaya

 
Tengku Adnan yang juga ahli Parlimen Putrajaya berkata cabaran bukan perkara baharu kerana beliau sentiasa mendapat tentangan sejak pertama kali bertanding 2004.


tengku-adnan-ku-nan-bendera-bn

KUALA LUMPUR: Susulan kesediaan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bersaing di Putrajaya, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, beliau bersedia untuk menghadapi cabaran bekas perdana menteri itu dan yakin pengundi akan terus memilih Barisan Nasional (BN).

Tengku Adnan yang juga ahli Parlimen Putrajaya berkata cabaran bukan perkara baharu kerana beliau sentiasa mendapat tentangan sejak pertama kali bertanding 2004.

Pada PRU 2004 dan 2008, beliau ditentang oleh bekas timbalan presiden PKR Abdul Rahman Othman manakala bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa pula pada tahun 2013.

“Saya tak tahu nak cakap, saya tak tahu,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan myPPP Wilayah Persekutuan di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Dr Mahathir baru-baru ini yang menyatakan tidak menolak kemungkinan bertanding di Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Mengulas lanjut, Tengku Adnan yang juga menteri wilayah persekutuan berkata, beliau percaya pengundi-pengundi Putrajaya mengetahui prestasinya sebagai wakil rakyat di kawasan itu.

“Sebagai wakil rakyat, saya dengan pengundi-pengundi Putrajaya ini seperti keluarga.

“Sekarang walaupun kita ada dekat 25,000 pengundi…saya tiap kali akan mendekati mereka dan menanyakan masalah mereka seperti apa yang saya berucap tadi dengan kawan-kawan myPPP di sini,” katanya.

Kata beliau, perkara utama pihaknya adalah mahu menyelesaikan masalah rakyat.

“Dekati hati-hati mereka dan saya percaya dengan cara begini rakyat akan bersama dengan BN dan BN merupakan parti yang selalu janji ditepati.

“Kita juga akan melaksanakan program-program untuk rakyat. Kita ini dari rakyat untuk rakyat kerana rakyat,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai adakah bekas pemimpin parti Umno seperti Datuk Hamidah Othman yang mahu menyertai kembali parti itu, Tengku Adnan berkata ia bergantung pada mereka.
“Mereka tidak ada lagi memohon. Kita akan lihat,” katanya.



Demikianlah Artikel Ku Nan yakin pengundi pilih BN jikapun Dr M tanding di Putrajaya

Sekianlah artikel Ku Nan yakin pengundi pilih BN jikapun Dr M tanding di Putrajaya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ku Nan yakin pengundi pilih BN jikapun Dr M tanding di Putrajaya dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/10/ku-nan-yakin-pengundi-pilih-bn-jikapun.html

Subscribe to receive free email updates: