Judul : Mat Sabu gesa PAS benarkan ahli sokong Amanah jika enggan sertai pembangkang
link : Mat Sabu gesa PAS benarkan ahli sokong Amanah jika enggan sertai pembangkang
Mat Sabu gesa PAS benarkan ahli sokong Amanah jika enggan sertai pembangkang
Oleh Nur Atiqah Abd Samad
ALOR SETAR: Jika PAS tidak mahu bersama lagi dengan pembangkang, adalah lebih baik parti itu membenarkan ahli-ahli mereka untuk menyokong dan bersama dengan Amanah pada pilihan raya umum akan datang.
Gesaan itu disuarakan oleh Presiden Amanah Mohamad Sabu selepas melihat PAS kini lebih mesra dengan Umno-Barisan Nasional (BN).
Katanya perkara itu dapat dilihat dalam Himpunan Fastaqim 2.0 yang dianjurkan oleh PAS baru-baru ini, yang mendakwa himpunan itu lebih banyak mengutuk Amanah dan DAP berbanding Umno-BN.
"Kita hairan sekarang ni himpunan yang besar mereka (Fastaqim 2.0) bukan lagi nak lawan Umno-BN tapi lawan DAP dan Amanah. Ini yang paling pelik, BN mereka tak hentam pun dalam Fastaqim.
"Kamu ni parti pembangkang ke parti kerajaan? Kalau nak jadi pemerintah pergilah belah sana. Kalau nak jadi pembangkang (tapi) tak mahu, benarkanlah anak-anak buah kamu datang bersama kami (Amanah)," katanya yang mendapat tepukan para perwakilan pada hari terakhir Konvensyen Amanah 2017 di sini.
Semalam bekas naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar turut menyatakan hal sama, bahawa mana-mana ahli yang mahu menyokong Pakatan Harapan (PH) tidak perlu keluar meninggalkan parti itu.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata demikian selepas melihat hasrat parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu hanya mahu bertanding di 40 buah kerusi sahaja pada pilihan raya dan bukannya mahu mengambil-alih kerajaan.
Mahfuz antara pemimpin PAS yang hadir pada konvensyen berkenaan, turut bersama beliau tiga ADUN PAS iaitu Datuk Amiruddin Hamzah (Anak Bukit), Mohd Nasir Mustafa (Kubang Rotan) serta ADUN Batu Burok, Dr Syed Azman.
Mereka sejak akhir-akhir ini dilihat mesra Amanah dan sering menghadiri program anjuran PH.
Dalam pada itu tambah Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, tindak-tanduk PAS kini semakin ketara bahawa mereka sememangnya 'sealiran' dengan Umno-BN.
Demikianlah Artikel Mat Sabu gesa PAS benarkan ahli sokong Amanah jika enggan sertai pembangkang
Sekianlah artikel Mat Sabu gesa PAS benarkan ahli sokong Amanah jika enggan sertai pembangkang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Mat Sabu gesa PAS benarkan ahli sokong Amanah jika enggan sertai pembangkang dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/10/mat-sabu-gesa-pas-benarkan-ahli-sokong.html