Media perlu terus diberi kebebasan tanpa belenggu parti politik

Media perlu terus diberi kebebasan tanpa belenggu parti politik - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Media perlu terus diberi kebebasan tanpa belenggu parti politik, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Media perlu terus diberi kebebasan tanpa belenggu parti politik
link : Media perlu terus diberi kebebasan tanpa belenggu parti politik

Baca juga


Media perlu terus diberi kebebasan tanpa belenggu parti politik


 SAYA menegur Khairy Jamaluddin dalam artikel terbaru yang disiarkan oleh Malaysiakini kerana tindakan menghalau wartawan dan atas nama kebebasan media.

Tindakan Khairy yang mewakili golongan pemuda ini mencerminkan betapa malapnya tahap kebebasan media di negara ini di masa depan.

Saya tidak menduga sama sekali teguran saya itu akan disanggah dan dikecam oleh Exco Pemuda Umno, Armand Azha Abu Hanifah dan Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Razlan Rafii.
Teguran saya berkisar mengenai kebebasan media dan masa depannya jika dicerminkan oleh tindakan Khairy itu tetapi dua orang kuat Pemuda Umno itu mengheret Dr Mahathir Mohamad dan DAP ke dalam isu ini.

Justeru, saya ingin menyeru atau mencabar mana-mana orang kuat Pemuda Umno ini, sama ada Armand atau Razlan untuk berdebat secara terbuka dalam isu kebebasan media negara, dengan syarat ia berkisar hanya dalam isu tersebut, tidak dipolitikkan dengan agenda tertentu dan apa yang boleh dilakukan untuk memperbaikinya.

Perdebatan ini boleh dianjurkan bertujuan membuka mata dan memberi pencerahan yang lebih terhadap isu kebebasan media dan kesannya kepada masyarakat dalam hak mereka untuk mendapatkan maklumat yang tepat, adil dan saksama terutama ketika negara di ambang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Saya terbuka di mana-mana ia untuk diadakan dan pada bila-bila masa asalkan masyarakat negara ini akan terus disajikan dengan media yang lebih bebas dan tidak dibelenggu oleh mana-mana parti politik.

Atau, pilihan kedua, jika pihak Pemuda Umno keberatan untuk berdebat, kita anjurkan forum bagi memberi peluang kepada Dr Mahathir membela diri setelah didakwa menyekat kebebasan media di negara ini kerana seingat saya, pada zaman Dr Mahathir, Malaysiakini dan beberapa portal lain ditubuhkan manakala di zaman Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Razak pula, beberapa portal ditutup selain digeledah oleh polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

* Amran Ahmad adalah bekas pengerusi Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) Utusan Melayu



Demikianlah Artikel Media perlu terus diberi kebebasan tanpa belenggu parti politik

Sekianlah artikel Media perlu terus diberi kebebasan tanpa belenggu parti politik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Media perlu terus diberi kebebasan tanpa belenggu parti politik dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/10/media-perlu-terus-diberi-kebebasan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :