'Najib istiqamah, Mahathir kuat merajuk'

'Najib istiqamah, Mahathir kuat merajuk' - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Najib istiqamah, Mahathir kuat merajuk', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Najib istiqamah, Mahathir kuat merajuk'
link : 'Najib istiqamah, Mahathir kuat merajuk'

Baca juga


'Najib istiqamah, Mahathir kuat merajuk'

MALAYSIAKINI

 
Istiqamah dalam melaksanakan tugas sebagai pemimpin nombor satu negara meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran dan tekanan dari dalam mahupun luar negara merupakan faktor utama Datuk Seri Najib Razak terus mendapat sokongan padu kepimpinannya, kata pemimpin kanan Umno.

Malah, Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata sikap tawaduk perdana menteri khususnya dalam mengutamakan perjuangan parti merupakan perbezaan terbesar Najib dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang terkenal dengan sikapnya yang kuat 'merajuk'.

"Saya sokong Datuk Seri Najib, pertama kerana dia mempertahankan parti dan dia tidak meninggalkan parti berbanding Mahathir kerana dia (Mahathir) ada agenda peribadi, dia sanggup buat apa saja, sanggup tinggalkan parti, dia sanggup keluar dari parti.

"Nak tunjukkan dia merajuk dia tinggalkan parti. Jadi, kalau kita buat macam itu ia seperti sebuah kapal. Kalau kita bergaduh dan meninggalkan kapal siapa yang jaga kapal itu?" Soal Annuar.

Annuar berkata demikian dalam program Santai "Anda Tanya Saya Jawab..." bersama anak muda yang berlangsung di bangunan utama Parlimen, hari ini.


Program yang dihadiri kira-kira 30 golongan belia itu menampilkan empat tetamu khas dari Universiti Malaysia Perlis, Universiti Malaysia Sarawak dan Universiti Malaya serta Universiti Malaysia Sabah.

Terdahulu Annuar dikemukakan soalan mengapa anggota parlimen Ketereh itu menyokong Najib sedangkan beliau merupakan kepimpinan era bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Mengulas lanjut, Annuar berkata Najib selaku presiden Umno merupakan seorang pemimpin yang sangat berkualiti.

"Najib ini sebenarnya seorang pemimpin yang mempunyai kualiti-kualiti yang cukup istimewa.
"Sebab dia tak suka kacau orang, dalam sejarah politik dia, dia tak suka lawan orang, dia dapat jawatan ikut merit dia sendiri,"kata Annuar.

Selain itu, Annuar berkata Najib yang juga anggota parlimen Pekan seorang yang penyabar.

Najib beri laluan Anwar

Annuar berkata kesabaran Najib itu jelas dan beliau mengambil contoh sewaktu pemerintahan Mahathir.

"Dalam Umno saya jadi ahli dulu tapi Mahathir kata bagi Anwar jadi ketua pemuda, Najib ikut walhal kalau Najib berkeras dan sokong Shuhaimi pada waktu itu Anwar Ibrahim tidak akan ada tempat dalam Umno.

"Tapi Najib bagi laluan dan begitulah seterusnya, dia tak pernah lawan sesiapa,' ujar Annuar.

Tambah Annuar, kesetiaannya kepada perjuangan parti yang membela nasib rakyat dan bukannya kepada pemimpin yang boleh berubah ideologi dan perjuangan mereka.

Justeru, beliau meletakkan kesetiaan kepada parti lebih utama berbanding pemimpin dan semua pihak harus melakukan perkara sama.

"Najib sangat istiqamah dan saya yakin dengan kebolehan dia dan saya yang seangkatan dengan dia kena mengakui dia yang terbaik.

"Jadi, bila tanya saya kenapa sekarang ini saya sokong Datuk Seri Najib pada saya perkara mudah.

"Pada saya dalam politik kita kena bezakan antara individu dengan kepentingan ramai dan juga soal individu dengan parti," tambah Annuar.

Pada program tersebut Annuar juga turut diajukan soalan mengenai keperluan rakyat untuk terus mengundi BN dan cadangan untuk mewujudkan belia Umno bagi menarik minat golongan muda.



Demikianlah Artikel 'Najib istiqamah, Mahathir kuat merajuk'

Sekianlah artikel 'Najib istiqamah, Mahathir kuat merajuk' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'Najib istiqamah, Mahathir kuat merajuk' dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/10/najib-istiqamah-mahathir-kuat-merajuk.html

Subscribe to receive free email updates: