NFCorp: Dua hakim Mahkamah Rayuan tarik diri dengar rayuan Rafizi

NFCorp: Dua hakim Mahkamah Rayuan tarik diri dengar rayuan Rafizi - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul NFCorp: Dua hakim Mahkamah Rayuan tarik diri dengar rayuan Rafizi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : NFCorp: Dua hakim Mahkamah Rayuan tarik diri dengar rayuan Rafizi
link : NFCorp: Dua hakim Mahkamah Rayuan tarik diri dengar rayuan Rafizi

Baca juga


NFCorp: Dua hakim Mahkamah Rayuan tarik diri dengar rayuan Rafizi

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Dua hakim Mahkamah Rayuan menarik diri daripada mendengar rayuan Ahli Parlimen Pandan Mohd Rafizi Ramli berhubung saman fitnah yang dikemukakan National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) dan pengerusi eksekutifnya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.
 
Saman itu dikemukakan terhadap Rafizi dan Malaysiakini berhubung pembelian sebuah hartanah di KL Eco City di Bangsar.
 
Hakim Datuk Abang Iskandar Abang Hashim yang mempengerusikan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan hari ini, berkata atas kepentingan keadilan, beliau dan Hakim Mary Lim Thiam Suan tidak akan mendengar rayuan itu dan akan menarik diri mereka.
 
Beliau sebelum itu memberitahu peguam, kedua-dua mereka sudah bersidang dalam panel Mahkamah Rayuan yang membuat keputusan dalam satu lagi kes fitnah membabitkan Dr Mohamad Salleh dan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar pada 10 Julai tahun ini.
 
Peguam Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Dr Mohamad Salleh berkata kedua-dua hakim tidak seharusnya mendengar rayuan Rafizi tetapi peguam Razlan Hadri Zulkifli yang mewakili Rafizi berhujah kedua-dua hakim berkenaan boleh mendengar rayuan itu kerana kenyataan dalam kes Nurul Izzah berlainan sama sekali.
 
Kes itu kemudiannya dikemukakan bagi pengurusan kes hari ini di hadapan pendaftar mahkamah yang menetapkan 23 Mac sebagai tarikh baharu pendengaran rayuan di hadapan panel hakim baharu.
 
Seorang lagi hakim yang bersidang dalam panel hari ini ialah Tan Sri Idrus Harun.
 
Rafizi merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Oktober tahun lepas, yang memerintahkan beliau membayar ganti rugi RM200,000 kepada Dr Mohamad Salleh.
 
Sementara itu, Dr Mohamad Salleh turut merayu keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak tuntutan beliau terhadap Mkini Dotcom Sdn Bhd, pemilik portal berita Malaysiakini yang dinamakan sebagai defendan kedua dalam tuntutan saman itu.
 
Dalam pernyataan tuntutannya, Mohamad Salleh dan NFCorp, mendakwa pada 7 Mac 2012,Rafizi membuat kenyataan berbaur fitnah dalam sidang media di Pejabat PKR berkaitan pembelian hartanah KL Eco City dan kenyataan itu disiarkan oleh Malaysiakini pada hari sama.
 
Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Azizul Azmi Adnan dalam keputusannya menegaskan bahawa kenyataan yang dibuat oleh Mohd Rafizi adalah fitnah.
 
Peguam K. Shanmuga mewakili Malaysiakini.
 
 


Demikianlah Artikel NFCorp: Dua hakim Mahkamah Rayuan tarik diri dengar rayuan Rafizi

Sekianlah artikel NFCorp: Dua hakim Mahkamah Rayuan tarik diri dengar rayuan Rafizi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel NFCorp: Dua hakim Mahkamah Rayuan tarik diri dengar rayuan Rafizi dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/10/nfcorp-dua-hakim-mahkamah-rayuan-tarik.html

Subscribe to receive free email updates: