Judul : Pandangan Mahathir mengenai Shafie Apdal dan Lanun Bugis
link : Pandangan Mahathir mengenai Shafie Apdal dan Lanun Bugis
Pandangan Mahathir mengenai Shafie Apdal dan Lanun Bugis
Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman empat hari terhadap Presiden Parti Warisan Datuk Seri Shafie Apdal sebagai penahanan terpilih terhadap pimpinan pakatan pembangkang, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pengerusi Pakatan Harapan ini berkata, tindakan SPRM dakwanya lagi,menunjukkan berat sebelah apabila perkara sama tidak dilakukan ke atas dakwaan banyak pihak terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Shafie Apdal pemimpin Parti Warisan ditangkap kononnya terlibat rasuah yang turut ditangkap dna ditahan abang dan adiknya.
“Inilah kerja SPRM. Terdapat banyak kenyataan bahawa Najib curi duit RM2.6bilion yang terdapat dalam akaunnya.
“Ada laporan dari Bank Negara Malaysia, PAC dan SPRM. Datuk Seri Najib telah curi duit tetapi tiada siasatan dilakukan apa yang berlaku, pendakwaraya (Tan Sri Apandi Ali) cakap tiada bukti Najib ada lakukan kesalahan.
“Shafie Apdal patut dilepaskan tetapi beliau diselidik dan ditahan reman pula.
“Kononnya hal itu berlaku semasa beliau jadi menteri tetapi kenapa pada masa itu SPRM tidak selidik tetapi sekarang nak selidik.
‘Ini kerana beliau (Shafie) menjadi pemimpin parti Warisan yang menentang Datuk Seri Najib,” ujarnya dalam ucapan Rapat Umum Selamatkan Malaysia di Dataran Stargate Alor Setar malam tadi.
Beliau mengulas mengenai bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang direman selama empat hari mulai semalam bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana pembangunan luar bandar Sabah yang dianggarkan bernilai RM1.5 bilion.
Justeru dakwa Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia ini lagi, ini jelas menunjukkan SPRM dipimpin di kalangan perasuah.
“SPRM cukup puashati Najib tidak pernah curi duit…dia ambil sahaja.. inilah SPRM. SPRM juga dipimpin perasuah juga.. tiada apa-apa dilakukan pemimpin SPRM ini,” ujarnya.
Lanun Bugis
Bekas perdana menteri ini juga mengulas mengenai kemarahan masyarakat Bugis di negara ini yang tidak bersetuju dengan kata-katanya mengenai ‘lanun bugis’ yang merujuk kepada Datuk Seri Mohd Najib Razak itu sekaligus menghina bangsa dan keturunan Bugis di negara ini berketurunan ‘lanun’.
Timbalan Presiden Persatuan Perpaduan Rumpun Bugis Melayu Malaysia, Tasman Matto membuat desakan itu susulan ucapan Dr Mahathir yang menyebut mengenai Bugis pada Himpunan Anti-Kleptokrasi pada Sabtu.
Tasman berkata, pihaknya merasakan kenyataan Dr Mahathir itu menghina masyarakat Bugis, sekali gus ia perlu ditarik balik.
Justeru dakwanya, tindakan Persatuan Perpaduan Rumpun Bugis Melayu Malaysia, yang berdemontrasi di hadapan bangunan Yayasan Kepimpinan Negara, pada Khamis menunjukkan ‘kebodohan’ kumpulan itu dakwanya di gerakkan oleh Najib sendiri.
“Kalau kita silap cakap siki-sikit nak ambil tindakan.
“Saya kata Najib ‘lanun Bugis’ kerana dia mengaku Panglima Bugis.
“Panglima apa?…panglima curi duit… lanunlah. Bila kita kata lanun Bugis dia suruh orang Bugis buat demontrasi depan pejabat saya.
“Bodohnya dia orang… hari itu hari cuti Deepavali, pejabat saya tutup tetapi tak boleh (batalkan) dia dah rancang jadi pergi jugalah walaupun kosong,” ujarnya.
Tambah Dr Mahathir lagi dia tidak berniat menghina mana-mana pihak.
“Saya tidak hina orang bukan..tetapi penyangak ada juga, antara penyangak Bugis ialah Najib.
“Takanlah orang Bugis nak kata orang Bugis takda penyangak?…ada,” ujarnya disambut ketawa penyokong.
Demikianlah Artikel Pandangan Mahathir mengenai Shafie Apdal dan Lanun Bugis
Sekianlah artikel Pandangan Mahathir mengenai Shafie Apdal dan Lanun Bugis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pandangan Mahathir mengenai Shafie Apdal dan Lanun Bugis dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/10/pandangan-mahathir-mengenai-shafie.html