Judul : Perbelanjaan lawatan PM ke AS mengikut kadar semasa - Azalina
link : Perbelanjaan lawatan PM ke AS mengikut kadar semasa - Azalina
Perbelanjaan lawatan PM ke AS mengikut kadar semasa - Azalina
Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
KUALA LUMPUR: Kerajaan memaklumkan perbelanjaan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Amerika Syarikat pada September lalu berdasarkan kadar yang ditetapkan dari semasa ke semasa.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata perbelanjaan selama lapan hari itu tertakluk kepada Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 (Akta 237) Kemudahan Elaun dan Keistimewaan bagi perdana menteri.
"Perbelanjaan tersebut adalah meliputi perbelanjaan penerbangan, pengangkutan, elaun makan, dobi, telefon dan lain-lain.
"Perbelanjaan perdana menteri dan ahli rombongan adalah mengikut kadar yang ditetapkan dari semasa ke semasa," katanya dalam jawapan lisan di Dewan Rakyat.
Azalina berkata demikian sebagai menjawab soalan Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke (DAP) yang meminta butiran terperinci jumlah kos penginapan dan jumlah bilik yang ditempah mengikut pecahan kategori berlainan di Trump International Hotel, Washington D.C oleh delegasi perdana menteri semasa lawatan rasmi ke AS pada 9 hingga 16 September lalu.
Bagaimanapun jawapan dari Azalina itu masih dipertikai Anthony dengan mempersoal mengapa kerajaan menyembunyikan jumlah sebenar yang dibelanjakan sepanjang lawatan itu.
Ahli parlimen daripada DAP itu mendakwa perkara itu sengaja dilakukan kerajaan untuk mengelakkan kemarahan rakyat, jika mereka mengetahui jumlah sebenar.
"Sekali lagi menteri di Jabatan Perdana Menteri tidak faham soalan dan tidak mahu menjawab soalan itu secara spesifik mengenai lawatan rasmi yang mepibatkan perdana menteri.
“Adakah kos terlalu tinggi yang tidak dapat dijustifikasikan atau perbelanjaan untuk penginapan itu terlalu mewah yang akan menimbulkan kemarahan rakyat?," soal Anthony.
Kunjungan perdana menteri ke Amerika Syarikat pada September lalu atas undangan Presiden Donald Trump bersempena sambutan ulang tahun ke-60 terjalinnya hubungan dua hala antara Malaysia dan Amerika Syarikat.
Demikianlah Artikel Perbelanjaan lawatan PM ke AS mengikut kadar semasa - Azalina
Sekianlah artikel Perbelanjaan lawatan PM ke AS mengikut kadar semasa - Azalina kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Perbelanjaan lawatan PM ke AS mengikut kadar semasa - Azalina dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/10/perbelanjaan-lawatan-pm-ke-as-mengikut.html