Pesta Arak : Ahli Majlis PAS Dedah Apa Yang Berlaku Dalam Mesyuarat MPK

Pesta Arak : Ahli Majlis PAS Dedah Apa Yang Berlaku Dalam Mesyuarat MPK - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pesta Arak : Ahli Majlis PAS Dedah Apa Yang Berlaku Dalam Mesyuarat MPK, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pesta Arak : Ahli Majlis PAS Dedah Apa Yang Berlaku Dalam Mesyuarat MPK
link : Pesta Arak : Ahli Majlis PAS Dedah Apa Yang Berlaku Dalam Mesyuarat MPK

Baca juga


Pesta Arak : Ahli Majlis PAS Dedah Apa Yang Berlaku Dalam Mesyuarat MPK

 
 



Lima Ahli Majlis PAS yang menentang penganjuran pesta arak dituduh sebagai “otak udang” dan “otak kurang upaya”, dedah salah seorang Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK) dari parti Islam, Mohd. Prasad Hanif.

Beliau merupakan salah seorang Ahli Majlis PAS yang menentang pesta itu, selain daripada empat lagi wakil PAS,Kahar Muzakkir Munawir, Azimah Binti Muda, Mohamad Baseri Mohd Taib dan Deepakaran A/L Karuppiah.

Namun, kata Mohd. Prasad apabila majoriti rakyat mengetahui Ahli Majlis DAP dan PKR menyokong pesta arak itu, dan menimbulkan bantahan umum, kesemua Ahli Majlis daripada kedua-dua parti telah melakukan ‘pusingan u’.

“Dalam mesyuarat MPK, bukan main Ahli Majlis DAP kata mereka yang bantah “otak udang” dan “otak kurang upaya”.

“Bila rakyat tahu mereka menyokong, nak u-turn pula. Politik longkang,”kata Mohd Prasad dalam Facebook.

Baru-baru ini, Yang Dipertua (YDP) MPK, Datuk Mohamad Yasid Bidin mengesahkan penganjuran pesta arak telah diluluskan meskipun dibantah oleh Ahli Majlis daripada PAS.

Pesta Arak yang nama asalnya “Oktoberfest” telah ditukar nama kepada pesta makanan dan minuman Jerman, di samping perlu mematuhi beberapa syarat, termasuk melarang kemasukan umat Islam ke kawasan penganjuran acara itu dan mendapat permit atau kelulusan dari pihak lain seperti pejabat tanah, Jabatan Kastam dan polis.

Mohd Prasad menambah, akibat bantahan Ahli PAS, isu itu menjadi kontraversi dan Ahli Majlis PKR dan DAP telah berpecah belah.

“Ini list of arguments dari Ahli PKR dan DAP bila berdepan dgn amarah rakyat:
1. Takde undi pun. (Habis tu, macamana kertas boleh lulus?)
2. YDP buat kuasa veto (YDP pemudahcara sahaja – itu tugas Pengerusi)
3. Ketua Whip berucap bagi pihak diri sendiri. (Buat apa kamu ada ketua whip kalau mcm tu?)
Yang paling bengong:
1. Kertas kerja tidak lulus – PKR
2. Kertas kerja lulus – DAP
“Kan mudah join PAS. Konsisten and sepakat,”katanya lagi.

Selanjutnya, sila baca “Isu Arak : PAS Perlu Ikut Suara Majoriti Dalam PBT – Setiausaha Politik Azmin







Demikianlah Artikel Pesta Arak : Ahli Majlis PAS Dedah Apa Yang Berlaku Dalam Mesyuarat MPK

Sekianlah artikel Pesta Arak : Ahli Majlis PAS Dedah Apa Yang Berlaku Dalam Mesyuarat MPK kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pesta Arak : Ahli Majlis PAS Dedah Apa Yang Berlaku Dalam Mesyuarat MPK dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/10/pesta-arak-ahli-majlis-pas-dedah-apa.html

Subscribe to receive free email updates: