Judul : PH Sasar 1 Juta Rakyat Banjiri Padang Timur
link : PH Sasar 1 Juta Rakyat Banjiri Padang Timur
PH Sasar 1 Juta Rakyat Banjiri Padang Timur
Suara KebenaranHimpunan Sayang Malaysia Hapuskan Kleptokrasi yang dirancang untuk diadakan di Padang Timur, Petaling Jaya pada hujung minggu ini dijangka menarik sokongan sehingga 1 juta rakyat, menurut salah seorang penganjur yang dihubungi sebentar tadi.
Jangkaan ini berdasarkan respon rakyat yang begitu hebat diterima menerusi beberapa siri roadshow yang diadakan setakat ini. Diterajui Tun Mahathir, semua ceramah yang diadakan mendapat sambutan hangat rakyat.
Sekalipun tanpa sokongan PAS yang menjadi sumber utama bekalan demonstran, 1 juta orang ini memang jumlah yang masuk akal kerana ramai demonstran tegar PAS yang dulu kini sudah menyertai parti seperti Amanah.
Apatah lagi CM Lim telah berjanji bahawa seluruh rakyat Penang akan hadir beramai-ramai menyokong himpunan tersebut. Kegagalan untuk menyertainya boleh menyebabkan status penduduk Penang mungkin terlucut.
Lagipun rakyat mahu tahu apa yang dimaksudkan dengan Kleptokrasi itu kerana istilah berkenaan sangat baru di negara ini. Kita biasa dengan pencuri dan perompak, tapi Kleptokrat ini masih belum pernah. Tarikan untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Kleptokrasi ini sahaja menyumbang separuh dari kehadiran 1 juta yang dirancang.
Demikianlah Artikel PH Sasar 1 Juta Rakyat Banjiri Padang Timur
Sekianlah artikel PH Sasar 1 Juta Rakyat Banjiri Padang Timur kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PH Sasar 1 Juta Rakyat Banjiri Padang Timur dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/10/ph-sasar-1-juta-rakyat-banjiri-padang.html