Judul : PRU 14 :17 sudah menunggu, Kayveas tetap mahu bertanding di Cameron Highlands
link : PRU 14 :17 sudah menunggu, Kayveas tetap mahu bertanding di Cameron Highlands
PRU 14 :17 sudah menunggu, Kayveas tetap mahu bertanding di Cameron Highlands
THE MALAYSIAN TIMES
KUALA LUMPUR: Presiden Presiden Parti Progresif Penduduk (MyPPP), Tan Sri M Kayveas manaruh keyakinan yang tinggi untuk bertanding di Parlimen Cameron Highlands pada Pilihanraya Umum ke – 14 nanti yang dijadualkan akan pada bila – bila masa dari sekarang.
Menanti selama 17 tahun, anak jati Pahang yang juga Penasihat Khas kepada Kementerian Pengangkutan itu berkata beliau kini bersedia untuk berkhidmat di negeri kelahirannya.
Portal Malaysiakini dipetik berkata tokoh berusia 63 tahun itu mendakwa pada tahun 2000, Presiden Umno ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad pernah berjanji untuk memberikan kerusi parlimen Cameron Highland kepadanya.
“Sekiranya kamu tahu asal-usul kerusi Cameron Highlands, kamu akan menyedari kerusi itu harus kembali ke MyPPP.
“Perdana Menteri pada masa itu meminta saya bekerja di Cameron Highlands pada tahun 2000, jadi saya pun berkhidmat di kawasan itu sejak itu.
“(Sekarang) saya rasa masih perlu untuk saya kembali ke Cameron Highlands daripada minta kerusi orang lain. Saya masih anggap Cameron Highlands pada asalnya milik MyPPP dan ia telah diambil dan dimanipulasi MIC,” katanya dalam satu wawancara bersama portal tersebut.
Semasa pilihan raya umum (PRU) ke-11 yang diadakan pada 2004, Kayveas berkata beliau telah bersedia untuk bertanding di kerusi parlimen Cameron Highlands di bawah bendera BN.
Namun, katanya, tiba-tiba dia dihantar untuk bertanding di Taiping akibat “manipulasi oleh MIC”.
“Ia bukanlah langkah yang betul untuk saya. Saya patut jauhi (bertanding di Taiping) tapi (melakukannya) demi parti,” katanya.
Ketika itu Kayveas memenangi kerusi Taping dengan 20,129 undi manakala pencabarnya dari DAP memperoleh 17,957 undi dan PKR (4,371). Beliau memenangi kerusi itu dengan majoriti 2,172 undi.
MIC yang meletakkan Devamany Krishnasamy di Cameron Highlands turut memenangi kerusi berkenaan.
Pada PRU ke-12 empat tahun kemudian, Kayveas sekali lagi diarahkan mempertahankan kerusinya manakala MIC kekal diberi kepercayaan di Cameron Highlands.
Bagaimanapun Kayveas kalah kepada calon DAP, Nga Kor Ming, dengan majoriti 11,298 undi. Kayveas memperoleh 16,800 berbanding Nga 28,098 undi.
Namun ketika PRU ke-13, Kayveas berkata beliau telah meminta kerusi Cameron Highlands daripada MIC dan presiden parti berkenaan ketika itu, Datuk Seri G Palanivel, bersetuju memberikan kawasan tersebut kepadanya.
“Tapi, pada saat-saat akhir Palanivel membuat keputusan yang dia akan menjadi calon BN di Cameron Highlands. Kami diminta untuk berbincang dan membuat keputusan bersama.
“Saya kata: OK, kalau kamu nak kerusi ini, saya akan tunggu pada PRU ke-14. Kami ada persefahaman dan daripada persefahaman itulah saya tidak bertanding di kerusi itu pada PRU ke-13,” katanya.
Baru-baru ini Kayveas mengumumkan akan bertanding di Cameron Highlands pada PRU ke-14 namun ketika itu tidak dapat dipastikan beliau akan mewakili siapa jika masih tidak dicalonkan BN.
Tetap logo BN
Kayveas ketika ditanya mengenai perkara tersebut berkata, beliau akan bertanding menggunakan logo BN walau apapun yang berlaku.
Katanya kini kerusi Cameron Highlands menjadi kerusi bebas apabila Palanivel digulingkan daripada MIC pada 2015.
“Itu yang saya maksudkan, kerusi itu sekarang jadi kerusi bebas. Sebagai kerusi bebas, sesiapa pun boleh bertanding,
“Saya tak ada niat bertanding sebagai calon bebas, kalau kamu seorang yang setia, kamu akan setia dengan parti.
“Saya tak kata BN parti yang sempurna, tapi kalau kamu jelas dengan satu pasukan, kamu kena kekal dengan mereka, kamu tidak boleh susahkan mereka,” katanya.
Kayveas berkata, beliau sudah memaklumkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga pengerusi BN mengenai hasratnya untuk bertanding di Cameron Highlands.
Selain itu bagi menunjukkan komitmen untuk bertanding di kawasan berkenaan, beliau sedang memfokuskan usaha ke arah itu malah program pertama yang dilakukan adalah merayakan Ponggal pada 2015.
Manakala MIC pula hanya menugaskan pegawainya untuk melihat kawasan itu beberapa bulan lalu.
Keadaan itu menyebabkan beliau yakin akan dipilih menjadi calon bagi kerusi Cameron Highlands pada PRU akan datang yang dijangka bakal diadakan awal tahun depan.
“Saya yakin beliau (Najib) akan benarkan saya bertanding di Cameron Highlands kali ini,” katanya.
Jangan salahkan Najib
Ketika bercakap mengenai isu kaum India, bekas Timbalan Menteri itu berkata Datuk Seri Najib Razak bukan orang yang boleh dipersalahkan sekiranya pengundi kaum India tidak mengundi BN dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14 nanti.
Beliau berkata kesalahan tersebut perlu diletakkan pada orang yang diamanahkan Najib untuk menjaga kebajikan kaum berkenaan.
Bagaimanapun Kayveas yakin sokongan pengundi India akan kembali padu buat BN.
“Atau pun setidak-tidaknya sokongan itu jauh lebih besar berbanding PRU sebelum ini hasil perhatian penuh diberi perdana menteri kepada mereka,” katanya dalam wawancara bersama Malaysiakini .
Jika keputusan PRU ke-14 menunjukkan sokongan pengundi India tidak memihak BN katanya, orang yang bekerja untuk Najib gagal melaksanakan tugas mereka.
“Kaum India akan memberi sepenuh sokongan kepada perdana menteri kerana jasa yang disumbangkan beliau kepada komuniti terbabit selepas mereka hampir diabaikan sepenuhnya sebelum ini,” katanya.
April lalu Najib melancarkan Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia (MIB) sebagai satu dokumen rasmi kerajaan untuk pembangunan komuniti India di negara ini bagi tempoh 10 tahun akan datang.
Najib yang juga pengerusi BN turut menggalakkan masyarakat India untuk terus mencapai kecemerlangan dalam menimba ilmu dan pendidikan.
Katanya tidak ada senjata berkesan untuk mengubah kaum kecuali menggalakkan kaum itu mencapai pencapaian tinggi dalam ilmu pendidikan.
Demikianlah Artikel PRU 14 :17 sudah menunggu, Kayveas tetap mahu bertanding di Cameron Highlands
Sekianlah artikel PRU 14 :17 sudah menunggu, Kayveas tetap mahu bertanding di Cameron Highlands kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PRU 14 :17 sudah menunggu, Kayveas tetap mahu bertanding di Cameron Highlands dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/10/pru-14-17-sudah-menunggu-kayveas-tetap.html