PUAD ZARKASHI - DOKTOR YANG SANGGUP MEMPERBODOHKAN DIRI SENDIRI"

PUAD ZARKASHI - DOKTOR YANG SANGGUP MEMPERBODOHKAN DIRI SENDIRI" - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PUAD ZARKASHI - DOKTOR YANG SANGGUP MEMPERBODOHKAN DIRI SENDIRI", kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PUAD ZARKASHI - DOKTOR YANG SANGGUP MEMPERBODOHKAN DIRI SENDIRI"
link : PUAD ZARKASHI - DOKTOR YANG SANGGUP MEMPERBODOHKAN DIRI SENDIRI"

Baca juga


PUAD ZARKASHI - DOKTOR YANG SANGGUP MEMPERBODOHKAN DIRI SENDIRI"

shahbudindotcom


Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Aziz Yassin menyifatkan Ketua Pengarah JASA, Dr. Puad Zarkashi sebagai seorang yang berpendidikan tinggi, tetapi sanggup memperbodohkan dirinya semata-mata untuk mengampu Perdana Menteri, Najib Razak.

Kata beliau, kenyataan Dr. Puad berhubung dakwaan Tun Mahathir Mohamad merasuah Lim Kit Siang sebanyak RM1 bilion untuk menjadi Pengerusi Pakatan Harapan adalah bukti terbaru Ahli MT UMNO itu sedia berbuat apa saja untuk membodek Najib.

"Beliau adalah seorang yang berpendidikan tinggi, belajar sehingga PhD dan bergelar Doktor, tetapi demi untuk mengampu Najib, beliau bukan saja sanggup memperbodohkan dirinya, malah tak kisah dilihat tidak cerdik oleh orangramai," kata Aziz yang juga bekas Ahli Parlimen Muar, Johor.

Berhubung dakwaan menerima rasuah RM1 bilion itu, Dr. Puad mencabar Lim Kit Siang agar membersihkan dirinya dengan segera menyaman blogger Raja Petra Kamaruddin atau akan digelar pengecut.

Menurut Dr. Puad lagi, Kit Siang mesti membersihkan dirinya terhadap dakwaan tersebut kerana semua orang bingung bagaimana beliau kini boleh duduk semeja dengan Tun Mahathir, sedangkan kedua-duanya bermusuhan sejak sekian lama.

Bagi Aziz, Dr. Puad tidak sepatutnya menjerumuskan dirinya dalam isu yang sengaja dibangkitkan oleh blogger tersebut kerana semua orang tahu rekod serta tulisannya selama ini yang banyak merapu dan berupa khayalan semata-mata.

Lagi pun, tambah beliau, dakwaan merasuah Kit Siang sebanyak RM1 bilion itu memang tidak masuk akal kepada sesiapa yang waras kerana Tun Mahathir bukanlah seorang yang diketahui begitu kaya untuk berbuat demikian.

"Jika Tun Mahathir sanggup merasuah Kit Siang RM1 bilion, berapa pula kekayaan bekas Perdana Menteri itu? RM10 bilion atau RM20 bilion?" soal Aziz yang juga abang kepada Muhyiddin Yassin.

Mengulas isu yang sama, Tun Mahathir berkata, hanya orang tidak siuman saja percaya beliau ada wang sebanyak RM1 bilion.

Selain dari itu, kata Aziz lagi, jika pun Tun Mahathir ada RM1 bilion, tidak munasabah ia digunakan hanya untuk membayar Kit Siang seorang yang memang sudah sedia bersama dengan Pakatan Harapan.

"Saya fikir kalau Tun Mahathir sedia mencurahnya wang sebanyak RM1 bilion, Najib bukan lagi Perdana Menteri sekarang ini.

"Daripada RM1 bilion itu digunakan untuk "membeli" Kit Siang seorang, lebih munasabah ia digunakan untuk "menarik" beberapa  Ahli-Ahli Parlimen bagi menyingkirkan Najib," hujah Aziz lagi.

Namun, katanya, Dr. Puad sanggup menyambung dan memanjangkan dakwaan tidak berasas Raja Petra itu dengan tujuan semata-mata untuk membodek dan mengampu Najib sehingga mengabaikan akal, kewarasan dan dirinya yang bergelar Doktor itu.




Demikianlah Artikel PUAD ZARKASHI - DOKTOR YANG SANGGUP MEMPERBODOHKAN DIRI SENDIRI"

Sekianlah artikel PUAD ZARKASHI - DOKTOR YANG SANGGUP MEMPERBODOHKAN DIRI SENDIRI" kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PUAD ZARKASHI - DOKTOR YANG SANGGUP MEMPERBODOHKAN DIRI SENDIRI" dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/10/puad-zarkashi-doktor-yang-sanggup.html

Subscribe to receive free email updates: