Judul : Rugi jika anak muda pasif politik, kata Salleh Keruak
link : Rugi jika anak muda pasif politik, kata Salleh Keruak
Rugi jika anak muda pasif politik, kata Salleh Keruak
Justeru, kata Salleh parti politik perlu tampil berkempen bagi menarik golongan muda supaya aktif politik.
KUALA LUMPUR: Penjelasan harus diberikan kepada anak-anak muda bagi membetulkan persepsi mereka terhadap politik dan mengelak mereka terus bersikap pasif politik, kata Bendahari Agung Umno Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Dalam catatan terkini sskeruak.blogspot.com, Salleh melahirkan rasa sedih apabila statistik Suruhanjaya Pilihan Raya mengesahkan lebih 4 juta rakyat Malaysia belum mendaftar sebagai pengundi dengan majoritinya golongan muda berusia 21 tahun.
“Terfikir saya ruginya jika anak muda pasif politik. Jika tidak minat politik adalah faktornya, persepsi ini perlu segera diperbetulkan.
“Anak muda tidak boleh seperti ini kerana merekalah yang mencipta masa depan negara. Masa masih ada dan anak muda perlu ditarik sekarang untuk mendaftar sebagai pengundi,” katanya.
Salleh turut memetik Survei Merdeka Center yang mendapati anak muda pasif politik berdasarkan beberapa faktor termasuk terlalu sibuk dengan kerja, muak dengan permainan politik golongan tua, merasakan mengundi tidak membawa apa-apa faedah dan tidak percaya kepada ahli politik.
“Kajian lain oleh penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia menambah lagi faktor di atas.
Mengejutkan ialah anak muda merasakan kepentingan mereka diabaikan oleh ahli politik dan anak muda bercelaru dengan keadaan politik semasa.
“Mereka tidak percaya dengan institusi politik negara. Mereka bosan. Pandangan di atas perlu diberi perhatian,“ katanya.
Justeru, kata Salleh parti politik perlu tampil berkempen bagi menarik golongan muda supaya aktif politik.
Ini kerana katanya negara memerlukan anak muda untuk kejayaan masa depannya kerana jiwa muda adalah jiwa yang kuat, bertenaga dan berwawasan.
Demikianlah Artikel Rugi jika anak muda pasif politik, kata Salleh Keruak
Sekianlah artikel Rugi jika anak muda pasif politik, kata Salleh Keruak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Rugi jika anak muda pasif politik, kata Salleh Keruak dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/10/rugi-jika-anak-muda-pasif-politik-kata.html