SATU LAGI PENDEDAHAN, JADI ATAU TIDAK FELDA NAK SAMAN RAFIZI?

SATU LAGI PENDEDAHAN, JADI ATAU TIDAK FELDA NAK SAMAN RAFIZI? - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SATU LAGI PENDEDAHAN, JADI ATAU TIDAK FELDA NAK SAMAN RAFIZI?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SATU LAGI PENDEDAHAN, JADI ATAU TIDAK FELDA NAK SAMAN RAFIZI?
link : SATU LAGI PENDEDAHAN, JADI ATAU TIDAK FELDA NAK SAMAN RAFIZI?

Baca juga


SATU LAGI PENDEDAHAN, JADI ATAU TIDAK FELDA NAK SAMAN RAFIZI?



FELDA ISYTIHAR BAYAR £34 JUTA BELI TANAH, TETAPI HANYA £20 JUTA YANG DIBAYAR

Pelaburan Felda yang terbesar di United Kingdom ialah hartanah-hartanah di Wembley, London dengan membeli bangunan sedia ada dan membina bangunan baru untuk disewakan kepada pelajar-pelajar. Setakat ini, dua buah bangunan sedemikian telah siap dan beroperasi iaitu Felda House di alamat 575 North End Road, Wembley HA9 0UU dan Grand Felda House di alamat Empire Way, Wembley HA9 0EF.

Saya telah tunjukkan sebelum ini bahawa Felda House didaftarkan atas nama sebuah syarikat yang ditubuhkan di BVI iaitu FIC Global Limited.
Saya juga telah mendapatkan geran rasmi hakmilik hartanah yang dinamakan Grand Felda House itu. Carian di laman https://data.occrp.org/ iaitu pengkalan data terbesar di dunia yang membabitkan syarikat-syarikat luar pesisir pantai (“offshore companies”) menunjukkan bahawa FIC Global Limited mempunyai dua hartanah di United Kingdom yang didaftarkan di atas namanya.
Dari situ, saya telah mendapatkan salinan geran hartanah bernombor NGL705102.
Maka, geran hakmilik ini mengesahkan bahawa:
i. Felda telah membeli dua buah bangunan bersebelahan yang sebelum ini diberi nama Dexion House dan Howerine House, masing-masing beralamat di 2-4 dan 5-6 Empire Way, Wembley.
ii. Harga pembelian yang didaftarkan di atas geran hakmilik adalah £20 juta atau sekitar RM120 juta.
iii. Geran hakmilik didaftarkan di atas nama FIC Global Limited, sebuah syarikat yang ditubuhkan di BVI yang didakwa anak syarikat Felda.
Untuk memastikan bangunan-bangunan ini benar-benar wujud, saya telah menyemak menggunakan Google Earth seperti berikut:
Ini mengesahkan bahawa Dexion House dan Howerine House adalah dua hartanah yang berbeza dari Felda House yang beralamat di 575 North End Road.
Saya juga menyemak satu laman yang bernama newlondondevelopment.com yang menyenaraikan semua pembangunan baru yang sedang berjalan di London dan mengesahkan memang bangunan bernama Dexion House di alamat 2-4, Empire Way telah diluluskan untuk diubahsuai menjadi asrama pelajar:
Setelah saya pasti bahawa hartanah yang bernama Dexion House ini bukanlah Felda House dan merupakan satu pembelian yang berasingan, saya kemudiannya telah membandingkan maklumat harga yang didaftarkan di atas geran hakmilik dengan maklumat yang diisytiharkan di dalam penyata kewangan Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) yang diaudit oleh PriceWaterhouseCoopers (PwC).
Saya sertakan mukasurat 108 dari penyata kewangan FIC yang diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014 yang memperincikan pembelian-pembelian hartanah FIC di dalam Nota 37:
Daripada dokumen-dokumen ini, jelas ada pertembungan maklumat dan harga yang ketara, seperti berikut:
i. FIC mengisytiharkan di dalam penyata kewangannya yang diaudit bagi 2014 bahawa ia telah membayar £34 juta untuk membeli tanah (dan bangunan sedia ada) yang dikenali sebagai Dexion House 1 dan Dexion House II untuk membina asrama pelajar.
ii. Geran hakmilik bagi hartanah-hartanah yang bernama Dexion House (dirujuk Dexion I) dan Haworine House (dirujuk Dexion II) menunjukkan harga yang dibayar sebenarnya hanyalah £20 juta.
Jelas bahawa walaupun harga yang diisytiharkan dan dimasukkan di dalam penyata kewangan FIC bagi tahun 2014 adalah £34 juta, sebenarnya hanya £20 juta yang dibayar atau pun benar-benar melibatkan pembelian tanah tersebut.
Ada beza sebanyak £14 juta (bersamaan RM86 juta) yang tidak sampai kepada penjual dan perlu dijawab oleh pengurusan Felda. Tambah pula apabila syarikat yang memegang hakmilik ini adalah sebuah syarikat BVI, sukar untuk memadankan jumlah yang dibayar dengan apa yang direkodkan di dalam FIC Global Limited.
Saya masih menunggu saman dari FIC dan bersedia untuk ke mahkamah untuk mendapatkan penjelasan lanjut kepada soalan-soalan saya ini.
Saya juga akan memberi keterangan di IPD Dang Wangi jam 4.30 petang ini untuk menyerahkan segala bukti yang saya ada setakat ini agar kes ini dapat disiasat segera.
RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN.

Ulasan - Setelah beberapa pendedahan sebelum ini, kali ini Rafizi tampil lagi dengan satu pendedahan yang tentunya mengejutkan kita semua di mana di dalam penyata kewangan Felda, harga yang dicatatkan untuk satu pembelian hartanah yang dikenali sebagai Dexion House 1 dan Dexion House 2 ialah £34 juta, tetapi bayaran yang sebenarnya dibuat hanyalah £20 juta saja.
Bermakna ada perbezaan sebanyak £14 juta atau kira-kira RM86 juta dalam pembelian tersebut.
Kenapa boleh jadi begitu? 
Siapa "makan" dan ke mana hilangnya wang RM86 juta berkenaan?
Pengerusi Felda sekarang, Shahrir Samad, Pengerusi Felda terdahulu, Isa Samad dan Najib Razak yang bertanggungjawab terhadap Felda tidak harus sekadar diam saja dengan pelbagai pendedahan oleh Rafizi ini.
Mereka mesti bertanggungjawab dan memberi penjelasan kepada rakyat berkenaan dengannya.
Tak kesiankah dengan pakcik dan makcik Felda yang berpeluh setiap hari mengusahakan ladang, namun akhirnya wang titik peluh mereka lesap begitu saja dan entah masuk ke poket siapa?
Pada Selasa lalu,  Shahrir ada mengumumkan bahawa mesyuarat Lembaga Pengarah Felda akan bermesyuarat pada Rabu untuk menimbang tindakan saman terhadap Rafizi.
Bagaimanapun, tidak diketahui apa hasil mesyuarat tersebut. 
Kenapa senyap saja?
Jadi ke tidak nak saman Rafizi?
Atau lebih tepat, beranikah Felda menyaman Rafizi?



Demikianlah Artikel SATU LAGI PENDEDAHAN, JADI ATAU TIDAK FELDA NAK SAMAN RAFIZI?

Sekianlah artikel SATU LAGI PENDEDAHAN, JADI ATAU TIDAK FELDA NAK SAMAN RAFIZI? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SATU LAGI PENDEDAHAN, JADI ATAU TIDAK FELDA NAK SAMAN RAFIZI? dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/10/satu-lagi-pendedahan-jadi-atau-tidak.html

Subscribe to receive free email updates: