Judul : Saya tak rasa Akyol ancaman besar, kata ketua polis
link : Saya tak rasa Akyol ancaman besar, kata ketua polis
Saya tak rasa Akyol ancaman besar, kata ketua polis
Penangkapan akademik Turki minggu lalu bukan di bawah polis, tetapi atas arahan pihak berkuasa agama.
PUTRAJAYA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata penulis kelahiran Turki, Mustafa Akyol yang baru-baru ini ditahan selama 18 jam atas arahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) bukan ancaman besar kepada negara.
Fuzi berkata penangkapan Akyol itu kerana melanggar peraturan setiap penceramah berkait agama mendapatkan tauliah daripada pihak berkuasa agama.
“Saya tidak fikir dia ancaman besar,” katanya hari ini.
“Dia perlu ada tauliah sebelum mengajar. Kita yang tempatan ini pun siapa-siapa nak mengajar mesti ada tauliah,” katanya selepas menghadiri sambutan Hari Pahlawan di sini.
Pada 25 September, Akyol ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ketika bersedia menaiki penerbangan ke Rome dalam perjalanan pulang ke Amerika Syarikat, setelah selesai siri ceramah di Kuala Lumpur yang dianjurkan Islamic Renaissance Front (IRF).
Beliau bagaimanapun ditahan pegawai imigresen yang kemudiannya menyerahkan beliau kepada polis, sebelum disoal siasat Jawi dan dibebaskan selepas 18 jam.
Jawi menuduh Akyol tidak mematuhi syarat mendapatkan tauliah daripada pihak berkuasa agama.
Akyol bagaimanapun berkata beliau seorang akademik dan bukan menyampaikan ceramah agama.
Menulis dalam akhbar New York Times menceritakan pengalamannya ditahan, Akyol mendedahkan beliau dibebaskan selepas pihak berkuasa menerima tekanan dari pihak istana di samping panggilan bekas presiden Turki, Abdullah Gul.
Fuzi berkata menjelaskan tangkapan Akyol bukan di bawah polis, tetapi pihaknya hanya melaksanakan arahan Jawi.
“Orang mengadu PDRM. Anda salah fakta yang melaksanakan operasi itu pihak agama, kita dalam melaksanakan proses tangkapan itu membantu untuk laksanakan tangkapan itu sahaja.”
Demikianlah Artikel Saya tak rasa Akyol ancaman besar, kata ketua polis
Sekianlah artikel Saya tak rasa Akyol ancaman besar, kata ketua polis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Saya tak rasa Akyol ancaman besar, kata ketua polis dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/10/saya-tak-rasa-akyol-ancaman-besar-kata.html