See-To mahu debat Rafizi kalau boleh debat Tony Pua

See-To mahu debat Rafizi kalau boleh debat Tony Pua - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul See-To mahu debat Rafizi kalau boleh debat Tony Pua, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : See-To mahu debat Rafizi kalau boleh debat Tony Pua
link : See-To mahu debat Rafizi kalau boleh debat Tony Pua

Baca juga


See-To mahu debat Rafizi kalau boleh debat Tony Pua

 
Timbalan pengarah Komunikasi Strategik BN sedia berdebat dengan Rafizi Ramli mengenai ekonomi kalau Tony Pua sedia berdebat mengenai projek terowong Pulau Pinang.


Eric-See-To-rafizi-tony-pua2

PETALING JAYA: Eric See-To Choong menyahut cabaran debat daripada Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dengan syarat Tony Pua setuju berdebat dengannya mengenai projek terowong dasar laut di Pulau Pinang

Timbalan pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional itu berkata Rafizi harus dapatkan kerjasama ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu untuk berdebat mengenai isu sekitar rancangan pembinaan terowong yang didakwa mencecah RM15 bilion.

“Perlu ada 2 debat atau tidak ada debat,” kata See-To.

Beliau menambah Rafizi selaku “pakar pelbagai bidang” boleh membantu Tony dalam debat mengenai kontroversi projek terowong itu.

“Apabila Pakatan Harapan ajak saya berdebat, saya sahut cabaran itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Oleh itu, adillah apabila saya minta Pakatan Harapan berdebat dengan saya, mereka harus menerimanya, lebih-lebih lagi berkaitan projek melibatkan wang rakyat yang mungkin sehingga RM15 bilion.”

Pada 5 September lepas, Rafizi mencabar See-To untuk berdebat mengenai pembangunan ekonomi negara, termasuk kutipan cukai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Cabaran itu dibuat selepas See-To berhujah kutipan cukai pendapatan melepasi pertumbuhan ekonomi sesebuah negara bukan sesuatu yang luar biasa.

Bagaimanapun, keesokan hari See-To berkata tidak perlu tergesa-gesa mengadakan debat kerana beliau tidak mahu “mengganggu” ahli Parlimen Pandan itu, yang sedang bercakaran dengan ahli parti sendiri.

Beliau berkata cabaran Rafizi itu sekadar cubaan untuk mengalihkan pandangan daripada pertelingkahan dalaman parti, dan mencadangkan naib presiden PKR itu mengajukan cabaran selepas sebulan.

Hari ini See-To berkata Rafizi mungkin terlupa mengenai cabaran itu, memandangkan beliau sibuk dengan kontroversi terbaharu mengenai dakwaan Invoke Solutions Sdn Bhd milik beliau, membuat bayaran kepada KEIP Resources Sdn Bhd, di mana Rafizi seorang pemegang saham utama, menggunakan dana yang dikutip daripada orang ramai.

Beliau berkata Tony juga secara terbuka mempertahankan projek terowong itu, sebelum Rafizi mengaju cabaran kepada See-To mengenai ekonomi.

“Saya seterusnya mencabar Tony Pua untuk mengadakan debat terbuka mengenai kontroversi terowong Pulau Pinang tetapi belum terima sebarang jawapan,” tambahnya.

“Kerajaan DAP Pulau Pinang membisukan diri selepas saya bangkitkan penemuan baharu mengenai projek itu beberapa bulan lalu,” katanya, dan menambah debat itu perlu untuk mendapatkan jawapan daripada DAP.

Beliau berkata ini debat kali pertama buat dirinya, dan jika Rafizi bersetuju, beliau boleh gunakan Invoke untuk mengatur masa dan tempat 2 debat itu.



Demikianlah Artikel See-To mahu debat Rafizi kalau boleh debat Tony Pua

Sekianlah artikel See-To mahu debat Rafizi kalau boleh debat Tony Pua kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel See-To mahu debat Rafizi kalau boleh debat Tony Pua dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/10/see-to-mahu-debat-rafizi-kalau-boleh.html

Subscribe to receive free email updates: