Judul : Shahrir sedia berdepan nama besar pembangkang
link : Shahrir sedia berdepan nama besar pembangkang
Shahrir sedia berdepan nama besar pembangkang
Ahli Parlimen Johor Bharu itu bersedia menentang calon pembangkang walaupun pembangkang berhasrat menjadikan Johor negeri barisan depan mereka.
JOHOR BAHRU: Ahli Parlimen Johor Bahru Tan Sri Shahrir Abdul Samad sedia berdepan nama besar dalam pakatan pembangkang yang mahu bertanding di Johor pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
“Pada awal ramalan saya, PRU 14 adalah paling mudah. Tetapi apabila dengar macam-macam (nama) hendak datang ke Johor termasuk Khalid Abd Samad (Ahli Parlimen Shah Alam), saya ingat kalau semua sudah berminat pada Johor, saya pun berminat jugalah berdepan dengan mereka dalam apa pun kedudukan,” katanya kepada pemberita selepas program Dialog Perjuangan 4 All malam tadi.
Program itu turut disertai Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.
Shahrir yang juga pengerusi Felda mengulas hasrat pembangkang menjadikan Johor sebagai negeri barisan depan mereka semasa PRU14.
Beliau menegaskan beliau tidak akan berundur sebaliknya bersedia menentang mana-mana calon besar pembangkang.
“Dengan Mahathirnya (Tun Dr Mahathir Mohamad)… dengan Anwarnya (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dengan Muhyiddinnya (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dan Kit Siang (Lim Kit Siang), semua hendak terus tumpu jadikan Johor frontline state (negeri barisan depan), jadi takkanlah saya hendak undur,” katanya.
Sementara itu, Annuar berkata budaya bertanding secara berpindah-randah seperti dilakukan Lim bukan budaya dimahukan Barisan Nasional (BN).
“Frontline state bagi kita (BN) adalah semua negeri sebab kita hendak perintah Malaysia. Kita bukan soal mahu menggodak hanya satu negeri sahaja.
“Tidak bolehlah berpolitik macam Lim Kit Siang buat. Apa yang dia balas pada pengundi apabila dia berpindah? Dia tidak minat berkhidmat kepada pengundi dan biarlah rakyat menilai tindakan seperti ini,” katanya.
Mengenai program Dialog Perjuangan 4 All, Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata ia akan diteruskan ke 15 kawasan yang sudah ditetapkan di Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Sabah.
Beliau berkata program itu kemudian dirancang diadakan berterusan sehingga ke 100 kawasan parlimen seluruh negara.
“Sejak dilancarkan, kami berjaya meningkatkan momentum jumlah penonton sehingga belasan ribu yang mengikuti (siaran langsung di Facebook) dan ini perkembangan menggembirakan,” katanya.
Demikianlah Artikel Shahrir sedia berdepan nama besar pembangkang
Sekianlah artikel Shahrir sedia berdepan nama besar pembangkang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Shahrir sedia berdepan nama besar pembangkang dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/10/shahrir-sedia-berdepan-nama-besar.html