Judul : Siasat dakwaan Mahathir bayar Kit Siang RM1bilion, kata bekas Pengerusi DAP Cawangan
link : Siasat dakwaan Mahathir bayar Kit Siang RM1bilion, kata bekas Pengerusi DAP Cawangan
Siasat dakwaan Mahathir bayar Kit Siang RM1bilion, kata bekas Pengerusi DAP Cawangan
Penasihat DAP, Lim Kit Siang digesa memberi penjelasan berhubung dakwaan blogger Raja Petra Kamarudin kononnya beliau menerima RM1 bilion daripada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk jawatan Pengerusi Pakatan Harapan.
Bekas Pengerusi DAP Cawangan Bagan Luar, G.Asoghan berkata orang ramai terutama beliau dan pengundi DAP ingin tahu kebenaran di sebalik dakwaan yang serius itu.
Saya percaya bukan hanya ahli DAP serta penyokong setia beliau mahu tahu, tetapi rakyat secara keseluruhannya yang akan mengundi pada Pilihan Raya Umum juga mahu tahu kebenaran dakwaan itu,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Butterworth, hari ini.
Beliau membuat laporan itu bagi mengesa pihak polis menjalankan siasatan terperinci dan mengambil tindakan sewajarnya berhubung dakwaan Raja Petra itu.
Asoghan berkata Dr Mahathir, yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Kit Siang, yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah, perlu mengambil tindakan membersihkan nama mereka dengan menyaman pengendali blog berkenaan sekiranya dakwaan itu bersifat fitnah.
Katanya, beliau juga akan membuat laporan berhubung dakwaan itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat supaya siasatan terperinci dapat dijalankan.
Demikianlah Artikel Siasat dakwaan Mahathir bayar Kit Siang RM1bilion, kata bekas Pengerusi DAP Cawangan
Sekianlah artikel Siasat dakwaan Mahathir bayar Kit Siang RM1bilion, kata bekas Pengerusi DAP Cawangan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Siasat dakwaan Mahathir bayar Kit Siang RM1bilion, kata bekas Pengerusi DAP Cawangan dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/10/siasat-dakwaan-mahathir-bayar-kit-siang.html