Tanah runtuh: Kejadian berlaku dengan begitu pantas, kata mangsa

Tanah runtuh: Kejadian berlaku dengan begitu pantas, kata mangsa - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tanah runtuh: Kejadian berlaku dengan begitu pantas, kata mangsa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tanah runtuh: Kejadian berlaku dengan begitu pantas, kata mangsa
link : Tanah runtuh: Kejadian berlaku dengan begitu pantas, kata mangsa

Baca juga


Tanah runtuh: Kejadian berlaku dengan begitu pantas, kata mangsa

 
Menurut laporan awal bomba, kejadian tanah runtuh itu melibatkan kawasan pembinaan bangunan yang sedang dibina dengan kecerunan tanah dianggar 10 meter. 


VICTIM_penang_tanah-runtuh_600_new


GEORGE TOWN: Beberapa pekerja binaan rakyat Bangladesh yang terselamat dalam kejadian tanah runtuh di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah hari ini, berkata kejadian itu berlaku amat pantas, hanya kira-kira seminit sahaja, mengakibatkan antara 15 dan 20 orang dipercayai tertimbus manakala 2 lagi berjaya dikeluarkan.

“Ketika kejadian saya sedang pasang besi dan masa nak naik ambil besi saya nampak tanah di bahagian atas sana turun (runtuh) dan bunyi bising.

“Satu minit sahaja, pantas…kawan-kawan saya dalam 8 orang kat bawah tak sempat lari. Tak tau hidup ke mati,” kata Mohammad Jashim Hussein Ahmad, 27, seorang daripada pekerja di tapak pembinaan itu.

Kejadian dilapor pada pukul 8.57 pagi dan ketika ini kerja-kerja mencari dan menyelamat masih dijalankan oleh pasukan bomba dan penyelamat serta polis.
tanahpenang

Menurut laporan awal bomba, kejadian tanah runtuh itu melibatkan kawasan pembinaan bangunan yang sedang dibina dengan kecerunan tanah dianggar 10 meter. Ketika kejadian cuaca baik.

Tinjauan Bernama mendapati orang ramai dilihat berkumpul di sekitar kawasan itu dengan polis meletakkan garisan keselamatan kira-kira 100 meter dari kawasan runtuhan bagi menghalang orang ramai memasuki kawasan itu.

Seorang lagi pekerja, Mohd Awal Jafra Alma berkata adiknya, Mohd Abdul Rahman, 18, yang baru bekerja di tapak pembinaan itu, dipercayai masih tertimbus.

tanahpenang332

“Kawan bagitau dalam pukul 8 lebih…saya tak tau adik hidup ke mati… saya akan tunggu sini nak tengok sendiri keadaan adik,” katanya.

Kejadian itu, katanya, belum dimaklumkan kepada ibu bapanya yang kini berada di hospital di Bangladesh.

Seorang lagi pekerja Mohd Bachu, 30, berkata kejadian itu berlaku kira-kira 10 minit selepas dia masuk kerja.

“Masa tu saya diarah ambil besi di bahagian atas dan toleh-toleh nampak tanah dah runtuh begitu pantas…rakan-rakan yang lain tak sempat selamatkan diri,” katanya sambil memberitahu seorang saudaranya Nur Alam, 30, dipercayai masih terperangkap.



Demikianlah Artikel Tanah runtuh: Kejadian berlaku dengan begitu pantas, kata mangsa

Sekianlah artikel Tanah runtuh: Kejadian berlaku dengan begitu pantas, kata mangsa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tanah runtuh: Kejadian berlaku dengan begitu pantas, kata mangsa dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/10/tanah-runtuh-kejadian-berlaku-dengan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :