Judul : Tangani ‘ajaran sesat’ kerja kami, bukan NGO, kata Bukit Aman
link : Tangani ‘ajaran sesat’ kerja kami, bukan NGO, kata Bukit Aman
Tangani ‘ajaran sesat’ kerja kami, bukan NGO, kata Bukit Aman
Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial (E2) berkata pihak berkuasa mempunyai cara tersendiri menanganinya.
PETALING JAYA: Bukit Aman hari ini membidas pihak yang cuba mengambil alih tugas pihak berkuasa dalam membanteras kumpulan difatwakan sesat, susulan laporan mengenai kebimbangan sebuah komuniti kecil berfahaman Ahmadiah di Selangor terhadap bantahan penduduk setempat.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial (E2) di Bukit Aman, Datuk Awaludin Jadid berkata pihaknya tidak akan tunduk dengan desakan mana-mana kumpulan supaya tindakan diambil terhadap sesebuah kumpulan.
“Kita bertindak berdasarkan kepada undang-undang dan peraturan pemerintah. NGO jangan cuba bertindak bersendirian. Kita ada peraturan dan undang-undang di bawah kuasa agama negeri masing-masing,” kata Awaludin kepada FMT.
Beliau mengulas laporan FMT baru-baru ini mengenai kenyataan membidas Baitusalam, sebuah pusat ditubuhkan penganut Ahmadiah, fahaman yang difatwakan sesat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.
Pusat itu sudah wujud beberapa dekad di Kampung Nakhoda, Batu Caves, tetapi mula dipersoalkan beberapa penduduk setempat baru-baru ini yang memanjangkan aduan mereka kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Dalam sidang media 27 September dianjurkan PPIM, jurucakap sebuah kumpulan bernama Gerakan Banteras Aktiviti Haram (GBAH), menggesa pihak berkuasa agama bertindak terhadap pusat itu atau berdepan tindakan kumpulannya.
“Kami sedang uruskan, kalau NGO yang uruskan kena faham sendirilah,” katanya.
Ahmadiah ialah fahaman Islam diasaskan oleh Mirza Ghulam Ahmaddari dari Qadian, India pada awal abad ke-20, tetapi tidak diiktiraf sebahagian besar ulama sebagai salah satu aliran Islam perdana.
Fahaman itu turut dikecam melalui khutbah Jumaat serata Selangor bagi mengingatkan orang Islam yang ia bukan sebahagian daripada Islam.
Awaludin berkata pihaknya dengan kerjasama pihak berkuasa agama sentiasa memantau penganut aliran Islam yang tidak diiktiraf pihak berkuasa agama di Malaysia, termasuk penganut ajaran Syiah.
Pihak berkuasa agama di Selangor dan Johor baru-baru ini menyerbu beberapa majlis 10 Muharram, yang disambut umat Islam Syiah bagi memperingati peristiwa kewafatan cucu Nabi Muhammad, Hussein, yang merupakan tokoh penting aliran itu.
Awaludin berkata tindakan seperti itu diambil bagi mengelak sebarang persengketaan mazhab.
“Tindakan perlu diambil dari awal sebelum ia merebak, kita tidak mahu pertembungan puak Syiah dan Sunni berlaku di Malaysia seperti mana di Timur Tengah,” katanya, dan menambah tindakan boleh diambil di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), Akta Undang-Undang Pencegahan Keganasan 2015 (Pota) dan Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Poca).
Demikianlah Artikel Tangani ‘ajaran sesat’ kerja kami, bukan NGO, kata Bukit Aman
Sekianlah artikel Tangani ‘ajaran sesat’ kerja kami, bukan NGO, kata Bukit Aman kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tangani ‘ajaran sesat’ kerja kami, bukan NGO, kata Bukit Aman dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/10/tangani-ajaran-sesat-kerja-kami-bukan.html