Wan ji sokong titah tidak siar ceramah ke luar masjid, surau

Wan ji sokong titah tidak siar ceramah ke luar masjid, surau - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Wan ji sokong titah tidak siar ceramah ke luar masjid, surau, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wan ji sokong titah tidak siar ceramah ke luar masjid, surau
link : Wan ji sokong titah tidak siar ceramah ke luar masjid, surau

Baca juga


Wan ji sokong titah tidak siar ceramah ke luar masjid, surau

 
Ini kerana di dalam Islam pun hanya bunyian azan yang disiarkan ke luar, kata pegawai penerangan di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.


wanji-speaker-masjid


PETALING JAYA: Penceramah Wan Ji Wan Hussin menyokong titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah agar penggunaan pembesar suara untuk ceramah dan kuliah tidak disiarkan ke luar masjid atau surau.

Ini kerana di dalam Islam pun hanya bunyian azan yang disiarkan ke luar, kata pegawai penerangan di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

“Kalau kuliah, suaranya sampai di luar, kadangkala memberikan imej tidak baik (dari) sudut pandang orang bukan Islam kepada Islam,” kata Wan Ji di Facebook hari ini.

“Bukan sekadar menganggu mereka, bahkan ada dalam kalangan ustaz yang berceramah maki hamun dan mencela dalam syarahan mereka sehingga orang bukan Islam jadi takut dan salah faham terhadap Islam.”
 Terdahulu, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengarahkan masjid dan surau di Selangor hanya boleh menggunakan pembesar suara untuk ceramah dan kuliah agama dalam kawasan bangunan masing-masing sahaja kecuali untuk laungan azan dan bacaan al-Quran.

Arahan itu susulan kontroversi ceramah Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) Zamihan Mat Zin di sebuah masjid di Shah Alam baru-baru ini, yang mengandungi “perkataan bersifat rasis, kurang beradab dan kritikan melampau terhadap institusi diraja”.

Larangan itu bagi memelihara imej Islam yang mementingkan kesejahteraan masyarakat secara keseluruhan, kata Sultan Selangor dalam kenyataan hari ini.

Sultan Sharafuddin juga mengarahkan semua ceramah dan kuliah di masjid dan surau di Selangor dirakamkan bagi tujuan rekod dan pemantauan.

Wan Ji berkata langkah pemeliharaan imej Islam seperti itu juga pernah dicadangkan di Pulau Pinang sebelum ini.

“Saya antara yang menyatakan sokongan dan mencadangkan ia dicontohi oleh negeri-negeri lain.
“Namun, ketika itu ada sebilangan pihak dari Umno yang mencela dan memfitnah kami kononnya anti Islam. Lebih parah, sampai ada fitnah bahawa di Pulau Pinang ada larangan azan,” katanya.



Demikianlah Artikel Wan ji sokong titah tidak siar ceramah ke luar masjid, surau

Sekianlah artikel Wan ji sokong titah tidak siar ceramah ke luar masjid, surau kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Wan ji sokong titah tidak siar ceramah ke luar masjid, surau dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/10/wan-ji-sokong-titah-tidak-siar-ceramah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :