20 dari lebih 50 syarikat korporat tak bayar cukai RM1 bilion

20 dari lebih 50 syarikat korporat tak bayar cukai RM1 bilion - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 20 dari lebih 50 syarikat korporat tak bayar cukai RM1 bilion, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 20 dari lebih 50 syarikat korporat tak bayar cukai RM1 bilion
link : 20 dari lebih 50 syarikat korporat tak bayar cukai RM1 bilion

Baca juga


20 dari lebih 50 syarikat korporat tak bayar cukai RM1 bilion

MALAYSIAKINI



Lebih 50 syarikat koporat terkemuka dalam sektor telekomunikasi, hartanah dan perladangan di negara ini dikesan mengelak daripada membayar cukai, dakwa Anggota Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim.

Irmohizam (BN-Kuala Selangor) berkata lebih mengejutkan lagi, 20 daripada syarikat terbabit yang telah dikenal pasti dan dinilai, memiliki cukai sebenar yang tidak dibayar berjumlah RM1 bilion.

"Persoalannya, sekiranya syarikat-syarikat korporat gergasi yang dimiliki jutawan turut terlibat dalam pengelakan cukai ini, apatah lagi syarikat-syarikat kecil yang turut terlibat dalam hal ini.

"Justeru itu, saya ingin bertanya apakah mekanisme terbaik yang sedang dirangka oleh pihak kementerian dalam menangani ketirisan pengelak cukai dan sejauh manakah pemantauan dibuat bagi mengatasi masalah ini?," katanya ketika sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2018 di peringkat jawatan kuasa Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu Irmohizam turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada 24 syarikat yang menerima anugerah tanggungjawab sosial korporat (CSR) daripada CSR Malaysia di atas pembabitan aktif mereka membantu masyarakat menerusi pelbagai bentuk bantuan.

Justeru itu, bagi menggalakkan lagi penglibatan sektor swasta dalam menjalankan tanggungjawab sosial kepada masyarakat, Irmohizam mencadangkan kerajaan memberi pelepasan cukai kepada syarikat-syarikat yang aktif dalam melaksanakan aktiviti CSR.

"Saya turut meminta agar pelepasan cukai ini diberikan kepada syarikat-syarikat kerajaan yang memberi peluang kepada graduan untuk menjalani latihan industri ataupun ‘internship’ di syarikat mereka.

"Seterusnya saya ingin mencadangkan agar potongan cukai turut diberikan kepada para atlet OKU atau kepada atlet yang memenangi pingat di peringkat kejohanan antarabangsa bagi menghargai usaha mereka di samping memberikan galakan kepada mereka," katanya.-Bernama




Demikianlah Artikel 20 dari lebih 50 syarikat korporat tak bayar cukai RM1 bilion

Sekianlah artikel 20 dari lebih 50 syarikat korporat tak bayar cukai RM1 bilion kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 20 dari lebih 50 syarikat korporat tak bayar cukai RM1 bilion dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/11/20-dari-lebih-50-syarikat-korporat-tak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :