Azalina: Dakwaan pembangkang SPR kurangkan PPP tak benar

Azalina: Dakwaan pembangkang SPR kurangkan PPP tak benar - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Azalina: Dakwaan pembangkang SPR kurangkan PPP tak benar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Azalina: Dakwaan pembangkang SPR kurangkan PPP tak benar
link : Azalina: Dakwaan pembangkang SPR kurangkan PPP tak benar

Baca juga


Azalina: Dakwaan pembangkang SPR kurangkan PPP tak benar

ANTARAPOS
 
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Jumlah sebenar penolong pendaftar pemilih (PPP) bagi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga 30 September lalu adalah 14,342 orang.
 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata demikian menyangkal tuduhan Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching yang pada semalam mendakwa SPR telah mengurangkan PPP kepada hanya 205 orang.
 
"Jumlah tersebut adalah termasuk PPP daripada pelbagai kategori yang meliputi PPP (wakil jabatan kerajaan), PPP (wakil pertubuhan) dan PPP (wakil universiti) di seluruh negara.
 
"Bagaimanapun, jumlah yang dipetik ahli Parlimen Kulai hanya tertumpu kepada PPP wakil pertubuhan sahaja," jelas Azalina dalam kenyataan hari ini.
 
Azalina juga berkata kenyataan Teo itu seolah-olah mahu mengelirukan rakyat dan tidak bertanggungjawab.
 
Ahli Parlimen Pengerang itu juga menegaskan SPR telah menjalankan pelbagai usaha untuk menggalakkan warganegara yang layak untuk mendaftar sebagai pemilih.
 
"Ini termasuklah menyediakan kemudahan karavan SPR, program outreach di tempat tumpuan orang ramai seperti pusat beli belah, pusat rekreasi, kawasan penempatan penduduk, Institusi Pengajian Tinggi dan pusat-pusat latihan berkaitan.
 
"SPR juga sentiasa terbuka menerima jemputan untuk menyediakan kaunter pendaftaran pemilih bagi penganjuran berkaitan," katanya.
 
Terdahulu, Teo pada semalam mendakwa Azalina menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat semalam menyatakan hanya terdapat 205 PPP di seluruh negara dan anggota Parlimen Kulai itu mendakwa bahawa kekurangan PPP itu adalah salah satu punca kegagalan SPR mendaftarkan pengundi baharu di negara ini.
 
 


Demikianlah Artikel Azalina: Dakwaan pembangkang SPR kurangkan PPP tak benar

Sekianlah artikel Azalina: Dakwaan pembangkang SPR kurangkan PPP tak benar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Azalina: Dakwaan pembangkang SPR kurangkan PPP tak benar dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/11/azalina-dakwaan-pembangkang-spr.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :