Judul : BN Selangor dakwa Azmin cuba sembunyi 'sesuatu' dalam bajet
link : BN Selangor dakwa Azmin cuba sembunyi 'sesuatu' dalam bajet
BN Selangor dakwa Azmin cuba sembunyi 'sesuatu' dalam bajet
Oleh Athirah Hanapiah
SHAH ALAM: ADUN Batang Kali, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan mendakwa, belanjawan yang dibentangkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak telus dan seakan cuba untuk menyorokkan sesuatu.
Katanya, wujud ketidaktelusan dalam belanjawan tersebut apabila bajet bagi Sistem Maklumat Rekod Jalanraya Malaysia (Marris) tidak dibentangkan oleh Azmin pada Jumaat lalu.
"Saya melihat ada ketidaktelusan berlaku di sini, seolah-olah cuba ingin menyorokkan pemberian kerajaan persekutuan mengikut perlembagaan persekutuan.
'Sebagai contoh, kod kepala 82355 iaitu pemberian penyelenggaraan jalan raya negeri, rekod daripada kementerian kewangan dan jabatan akauntan negara merekodkan transaksi pemberian yang dikeluarkan oleh kerajaan persekutuan bagi Marris setahun dianggarkan 400-500 juta setahun bagi 16679 kilometer, itu yang diberi atau peruntukan yang diberikan oleh kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri.
"Tetapi perkara ini tidak dinyatakan di dalam bajet kali ini semasa dalam pembentangan," katanya dalam satu sidang media selepas menghadiri sesi pertama perbahasan DUN Selangor pagi tadi.
Malah Nadzari juga berkata, tindakan tersebut seolah-olah mahu menutup pemberian yang diberikan kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri sehingga dikhuatiri disalahgunakan pihak-pihak tertentu.
Beliau kemudiannya mempersoalkan bajet yang dibentangkan tempoh hari tidak sah memandangkan wujud beberapa perkara yang tidak dilaporkan semasa sesi pembentangan bajet.
Justeru, beliau menuntut menteri besar untuk memberi penjelasan mengapa perkara tersebut tidak dibentangkan di dalam bajet dan adakah peruntukan yang diberikan oleh kerajaan persekutuan itu telah diselewengkan pihak tertentu.
"Jadi saya minta supaya kerajaan negeri memberi penjelasan sejelas-jelasnya berkenaan perkara ini, ia membawa implikasi besar sama ada ia sah atau tidak bajet tersebut.
"Ini perkara penting yang boleh menyebabkan nanti kita takut kalau ada kesilapan di sini, implikasinya besar, kerana ia menyalahi perlembagaan.
"Kita takut nanti ada implikasi lain yang menyebabkan bajet kita dipertikaikan," katanya.
Terdahulu, Azmin pada Jumaat membentangkan Belanjawan Selangor 2018 dengan peruntukan berjumlah RM3.12 bilion.
Demikianlah Artikel BN Selangor dakwa Azmin cuba sembunyi 'sesuatu' dalam bajet
Sekianlah artikel BN Selangor dakwa Azmin cuba sembunyi 'sesuatu' dalam bajet kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel BN Selangor dakwa Azmin cuba sembunyi 'sesuatu' dalam bajet dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/11/bn-selangor-dakwa-azmin-cuba-sembunyi.html