Gerakan mahu ahli kekalkan 'semangat Teluk Intan' pada PRU14

Gerakan mahu ahli kekalkan 'semangat Teluk Intan' pada PRU14 - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Gerakan mahu ahli kekalkan 'semangat Teluk Intan' pada PRU14, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Gerakan mahu ahli kekalkan 'semangat Teluk Intan' pada PRU14
link : Gerakan mahu ahli kekalkan 'semangat Teluk Intan' pada PRU14

Baca juga


Gerakan mahu ahli kekalkan 'semangat Teluk Intan' pada PRU14

Oleh Ainor Rahim
Post Pic
 
 
CHERAS: Timbalan Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) Datuk Dr Cheah Soon Hai hari ini mengingatkan semua ahli partinya agar mengekalkan 'semangat Teluk Intan', sebagai suntikan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
 
Semangat Teluk Intan merujuk kepada kemenangan Gerakan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan pada tahun 2014 menerusi Presidennya, Datuk Mah Siew Keong.
 
Kemenangan itu disifatkan sebagai satu kemenangan bermakna bagi menebus kembali kekecewaan ekoran prestasi merudum parti itu selepas bekas Presidennya, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang tewas pada PRU 2008 di Parlimen Batu Kawan.
 
"Kami ingin mengingatkan semua ahli parti 'Semangat Teluk Intan' yang kita tunjukkan pada 2014 yang mana kita kalah dengan majoriti. Sebelum itu, pada tahun 2013, kita kalah lebih dari 7 ribu undi tetapi kita dalam PRK Teluk Intan kita menang dan boleh kita merampas balik Teluk Intan.
 
"Kita harap semangat ini, di Teluk Intan yang ditunjukkan pada 2014, kita akan ulangi di semua kawasan kita dan dapat merampas kembali semua kerusi kita yang telah dirampas oleh parti lawan kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pemuda & Wanita Gerakan 2017 yang berlangsung di Cheras, hari ini.
 
PRK Teluk Intan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Mah, menentang calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud.
 
Mah yang pernah menyandang kerusi itu selama dua penggal memperolehi 20,157 undi mengalahkan Dyana dengan 19,919 undi.
 
Kerusi Teluk Intan kosong, berikutan kematian penyandangnya, Seah Leong Peng, akibat kanser pada 1 Mei 2014.
 
Sementara itu, beliau turut berkata Gerakan selama 39 tahun pentadbiran di Pulau Pinang mempamerkan rekod baik, jika dibandingkan dengan DAP.
 
"Kita tak takut. Kita boleh dibandingkan dengan rekod kita. Kita pernah memerintah negeri Pulau Pinang selama 39 tahun. Dalam kerajaan. Boleh lihat pelaburan yang dibuat masa Tan Sri Koh Tsu Koon, berapa banyak kita bawa masuk. Intel sehingga sekarang masih di Penang.
 
"Semuanya telah direkodkan sehingga sekarang. Kita juga menolak apa jua pembangunan (berisiko), kita dengar arahan agensi berkaitan. Kita ada 'hub' rakyat. Kita dengar dan tidak ada kepentingan peribadi. Gerakan juga tidak ada skandal sama ada di peringkat Exco dan Ketua Menteri," tambahnya.
 
 


Demikianlah Artikel Gerakan mahu ahli kekalkan 'semangat Teluk Intan' pada PRU14

Sekianlah artikel Gerakan mahu ahli kekalkan 'semangat Teluk Intan' pada PRU14 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Gerakan mahu ahli kekalkan 'semangat Teluk Intan' pada PRU14 dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/11/gerakan-mahu-ahli-kekalkan-semangat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :