Kami gesa beku projek mewah 28 tahun lalu, kata CAP

Kami gesa beku projek mewah 28 tahun lalu, kata CAP - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kami gesa beku projek mewah 28 tahun lalu, kata CAP, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kami gesa beku projek mewah 28 tahun lalu, kata CAP
link : Kami gesa beku projek mewah 28 tahun lalu, kata CAP

Baca juga


Kami gesa beku projek mewah 28 tahun lalu, kata CAP

 
Persatuan Pengguna Pulau Pinang yang menyambut baik keputusan kerajaan membekukan pembinaan hartanah mewah berkata, nasihat mereka tidak diendahkan selama ini.


SM-Mohamed-Idris

PETALING JAYA: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengkritik kerajaan kerana hanya memperakui masalah perumahan di negara ini yang diketengahkan mereka sejak 28 tahun lalu.

Dalam satu kenyataan, Presidennya, SM Mohamed Idris berkata, ia adalah langkah baik kerajaan akhirnya membekukan pembangunan hartanah mewah bermula 1 November lalu akibat bekalan berlebihan.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani mengesahkan Kabinet mengarahkan pembekuan permit untuk projek membina pusat beli-belah, bangunan komersial dan kondominium berharga RM1 juta ke atas.

“CAP memberi amaran mengenai senario ini 28 tahun lalu dalam buku ‘Perumahan untuk Rakyat’. Bagaimanapun, perkara itu tidak diendahkan sehingga sekarang,” katanya sambil menambah beliau berulang kali menekankan masalah itu.

“Masalah utama perumahan ialah sumber pembangunan negara tidak disalurkan untuk keperluan perumahan rakyat, tetapi ke arah pasaran yang boleh membayarnya.”

Mohamed Idris juga kesal dengan masalah memenuhi pembangunan hartanah untuk pasaran mewah semakin meluas.

“Masalah seperti itu semakin berleluasa di seluruh negara, membawa kepada lebihan hartanah mahal tidak digunakan yang tidak mampu dimiliki sebahagian besar populasi Malaysia.

“Contohnya, istilah ‘perumahan mampu milik’ sangat mengelirukan kerana ia boleh berharga sehingga RM400,000 seunit.”

Beliau berkata, situasi di Pulau Pinang mungkin lebih baik kerana kerajaan negeri mengurangkan had kepada RM300,000 di pulau dan RM200,000 untuk Seberang Perai, “tetapi itupun tidak mampu dimiliki kebanyakan orang”.

“Kita perlu mengambil kira kecacatan dasar perumahan yang serius ini membawa kepada lebihan hartanah tidak terjual dan menyebabkan pemaju, bank serta negara berdepan krisis kewangan.”

Beliau kemudian menyeru kerajaan memfokuskan pembinaan rumah untuk orang miskin, sama ada pangsapuri kos rendah atau sewa beli.

“Sia-sia membina ‘perumahan mampu milik’ yang mahal berharga ratusan ribu ringgit kerana selepas membayar bank, nilai unit hartanah itu akan meningkat hampir 2 kali ganda.”



Demikianlah Artikel Kami gesa beku projek mewah 28 tahun lalu, kata CAP

Sekianlah artikel Kami gesa beku projek mewah 28 tahun lalu, kata CAP kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kami gesa beku projek mewah 28 tahun lalu, kata CAP dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/11/kami-gesa-beku-projek-mewah-28-tahun.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :