Judul : Polis tambah anggota jaga Tun M jika wujud ancaman - KPN
link : Polis tambah anggota jaga Tun M jika wujud ancaman - KPN
Polis tambah anggota jaga Tun M jika wujud ancaman - KPN
ANTARAPOSCHERAS: Kawalan keselamatan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad akan ditambah jika terdapat ancaman, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.
Bagaimanapun ujarnya, kawalan keselamatan yang membabitkan anggota Unit Tindakan Khas (UTK) untuk Pengerusi Pakatan Harapan (PH) masih dikekalkan.
Menjelaskan salah faham beberapa pihak, Fuzi berkata pihak polis hanya mengecilkan skala anggota UTK yang bertugas menjaga keselamatan bekas perdana menteri itu.
"Bergantung kepada ancaman, kalau polis fikir ada ancaman serius pada beliau, kita akan tingkatkan semula jumlah anggota dan beri kawalan yang perlu," katanya kepada media hari ini.
Minggu lalu Dr Mahathir, melalui posting di Facebooknya berkata dua pengiring peribadinya telah ditarik balik khidmatnya.
Fuzi menafikan dakwaan itu sambil menegaskan hak keistimewaan pada Dr Mahathir kekal, cuma beberapa anggota pengiring peribadi daripada anggota biasa diarahkan kembali bertugas dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Itu tidak benar sama sekali. Pengiring peribadi daripada pegawai UTK masih berkhidmat dengan Dr Mahathir.
“Hanya anggota biasa sahaja kita panggil kembali untuk tugasan lain, itu hanyalah prosedur biasa,” katanya.
Bukan itu sahaja polis juga turut menugaskan anggotanya untuk menjaga keselamatan isteri bekas perdana menteri itu, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Untuk rekod pada Mei 2016 kerajaan menarik balik polis pengiring Dr Mahathir. Tindakan itu diambil memandangkang penglibatan pemimpin itu dalam himpunan antikerajaan.
Sementara itu Fuzi memaklumkan polis akan meneruskan siasatan terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad yang dituduh menjalin hubungan sulit dengan isteri orang, selepas diarahkan oleh Peguam Negara untuk menyiasat lagi kes itu.
Sebelum ini polis telah menyerahkan laporan siasatan sebanyak dua kali kepada Pejabat Peguam Negara namun ditolak dengan arahan meneruskan siasatan.
"Kertas siasatan dihantar semula kepada kami sekali lagi kerana banyak langkah susulan yang perlu diambil sebelum boleh menghantar semula kertas itu," katanya.
Fuzi memaklumkan laporan siasatan pertama dihantar pada 17 Oktober manakala yang kedua pada 30 Oktober.
Dzulkifli dikaitkan mempunyai hubungan dengan seornag wanita berstatus isteri orang sebagaimana video yang tersebar memperlihatkan kedua-dua mereka bercuti di Bali.
Siasatan dilakukan di bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan kerana menggoda wanita yang sudah berkahwin.
Dzulkifli sebelum ini menyifatkan penyebaran video itu sebagai 'taktik kotor' dan bertegas tidak akan tunduk dengan serangan itu.
Demikianlah Artikel Polis tambah anggota jaga Tun M jika wujud ancaman - KPN
Sekianlah artikel Polis tambah anggota jaga Tun M jika wujud ancaman - KPN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Polis tambah anggota jaga Tun M jika wujud ancaman - KPN dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/11/polis-tambah-anggota-jaga-tun-m-jika.html