Serangan Tun M Terhadap Anwar Jejas Sokongan Pakatan Harapan - Hallo sahabat
Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Serangan Tun M Terhadap Anwar Jejas Sokongan Pakatan Harapan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel apa kabar Berita,
Artikel Berita hari ini,
Artikel Berita Politik,
Artikel Berita terkini,
Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Serangan Tun M Terhadap Anwar Jejas Sokongan Pakatan Harapanlink :
Serangan Tun M Terhadap Anwar Jejas Sokongan Pakatan Harapan
Serangan Tun M Terhadap Anwar Jejas Sokongan Pakatan Harapan
AIDCNews
SHAH ALAM: Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini berkenaan kes liwat Ketua Umum PKR itu hanya akan menjejaskan kerjasama mereka di dalam Pakatan Harapan (PH).
Penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata situasi itu ‘tidak baik’ untuk gagasan pembangkang itu di kala sedang bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.
“Bukan setakat menjejaskan sokongan terhadap PKR, malah akan menyebabkan PKR sendiri sukar menyokong Dr Mahathir dan calon-calon PPBM.
“Sebelum ini saya pernah sebut antara Dr Mahathir dan Anwar hanya indah di permukaannya sahaja sedangkan yang di dalamnya masih lagi terdapat pelbagai pertikaian, kecelaruan, dendam mendalam,” katanya kepada Antarapos, hari ini.
Kamarul berkata demikian sebagai respon terhadap dialog ‘town hall’ bersama anak muda di Petaling Jaya, dua malam lalu di mana Dr Mahathir diajukan pelbagai soalan daripada peserta berhubung pegangannya terhadap dakwaan Anwar sebagai peliwat.
Pengerusi PH itu bagaimanapun menjawab kesemua soalan berkaitan perkara itu secara samar malah mendakwa dirinya tidak terlibat dengan tindakan polis yang menyiasat kegiatan salah laku seks Anwar pada tahun 1998.
Bagaimanapun ketika sidang media selepas sesi dialog itu tamat, Dr Mahathir menjelaskan beberapa perlakuan seks luar tabie yang didakwa dilakukan Anwar.
Dr Mahathir berkata dirinya tidak dapat menerima seorang peliwat menjadi pemimpin negara, selepas dirinya mengetahui Anwar bukan sahaja meliwat bahkan turut ‘melancapi’ mangsanya.
“Mencerminkan bahawa Dr Mahathir sekadar mahu menggunakan Anwar untuk kepentingan politiknya. Sedangkan pada masa yang sama tidakkah beliau tidak tahu apabila beliau mengatakan begitu ini akan menjejaskan sokongan rakyat.
“Selepas ini saya rasa akan ada lagi kenyataan lagi akan keluar dan akan menjejaskan peluang PH,” kata Kamarul lagi.
Kenyataan Dr Mahathir pada Selasa malam itu turut mengundang reaksi bekas ahli seumur hidup PKR, Badrul Hisham Shaharin yang mendakwa Dr Mahathir sengaja menggunakan sesi dialog itu untuk terus menghina Anwar.
Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegubard mendakwa hubungan baik bekas perdana menteri itu dengan Anwar pada ketika ini sekadar untuk menyelamatkan dirinya dan ahli keluarga.
Kamarul dalam pada itu berpendapat sikap Dr Mahathir yang kerap mengitar hal Anwar dengan kegiatan seks luar tabie itu akan mengurangkan sokongan orang ramai terhadap dirinya, malah menjejaskan rasa hormat di kalangan pemimpin-pemimpin PH.
“Beliau adalah Pengerusi PH, sepatutnya pengerusi kena menasihati orang lain. Namun apabila pengerusi perlu dinasihati pemimpin-pemimpin lain, maka kena letak jawatanlah. Kerana tidak ada lagi aura sebagai pengerusi,” ujarnya –
AP
Demikianlah Artikel Serangan Tun M Terhadap Anwar Jejas Sokongan Pakatan Harapan
Sekianlah artikel Serangan Tun M Terhadap Anwar Jejas Sokongan Pakatan Harapan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Serangan Tun M Terhadap Anwar Jejas Sokongan Pakatan Harapan dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/11/serangan-tun-m-terhadap-anwar-jejas.html
Related Posts :
1,000 KR1M 2.0 bakal dibuka di Lembah Klang tahun ini… Read More...
[Video] Sofi Jikan mengamuk ugut nak terajang orang gara-gara ditanya tentang bigo live: “Mat, kau tak tahu ke aku siapa?”[Video] Sofi Jikan mengamuk ugut nak terajang orang gara-gara ditanya tentang bigo live: “Mat, kau tak tahu ke aku siapa?”
[Video] Sof… Read More...
Tiada siapa khianat siapa di Selangor… Read More...
PH mahu hentikan pilih orang luar sebagai speaker Dewan Rakyat Editor Akhbar Rakyat Februari 06, 2018 Berita Oleh Faiz Zainudin PUTRAJAYA: Pakatan Harapan (PH) mahu menghentikan pencalonan orang luar sebagai speaker Dewan Rakyat bagi membebaskan jawatan pengerusi majlis itu daripada pengaruh perdana menteri dan meningkatkan mutu perbahasan. Calon perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sekiranya PH membentuk kerajaan, gabungan itu mahu memastikan hanya seorang Ahli Parlimen yang dipilih oleh Ahli Parlimen memegang jawatan penting itu. Dalam sistem sedia ada, mana-mana Ahli Parlimen, kecuali seorang menteri atau setiausaha Parlimen, atau orang bukan Ahli Parlimen yang layak boleh dicalonkan ke jawatan itu. Pencalonan mesti diserahkan oleh pihak ketiga yang mesti seorang Ahli Parlimen dan disokong oleh seorang Ahli Parlimen. Perubahan yang diajukan oleh PH itu nanti menyerupai proses di United Kingdom. “Dulu speaker daripada Ahli Parlimen tapi sekarang diambil dari luar Parlimen. Lagak speaker seolah-olah memihak kepada kerajaan dan menghalang debat sehingga Ahli Parlimen tidak boleh berbahas apa yang tidak disukai kerajaan,” kata Dr Mahathir pada sidang media hari ini. Bekas perdana menteri itu membidas terutamanya speaker Dewan Rakyat sekarang, Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Ahli Umno itu walaupun bukan Ahli Parlimen diumumkan sebagai speaker Dewan Rakyat selepas pilihan raya umum 2008. “Parlimen tidak diberi peranan yang sewajarnya…ia hanya untuk tunjukkan sandiwara,” kata Dr Mahathir mempersoalkan amalan tidak membahaskan isu selepas ia mendapat undi mencukupi daripada majoriti anggota Dewan. Beliau turut mempertikaikan amalan mendapatkan persetujuan speaker terlebih dahulu untuk membahaskan satu-satu isu. “Speaker tidak boleh bermaharajalela seperti sekarang. Kita kena buat pengasingan kuasa,” katanya. Sidang media hari ini berlangsung di Yayasan Kepimpinan Perdana bersama Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin. Dr Mahathir berkata menghentikan pencalonan orang luar hanya salah satu daripada beberapa cadangan penambahbaikan untuk membetulkan sistem Parlimen. Cadangan lain yang disebutkan hari ini ialah penubuhan jawatankuasa Parlimen untuk memantau setiap kementerian. “Sistem hanya boleh diubah jika PH memerintah.” Ketika ditanya mengapa penambahbaikan ini tidak dilakukan semasa beliau memerintah, beliau berkata isu-isu itu tidak berlaku semasa pentadbirannya. “Saya mengikut apa yang ada dalam undang-undang. Najib lain,” katanya.-FMTOleh Faiz Zainudin
PUTRAJAYA: Pakatan Harapan (PH) mahu menghentikan pencalonan orang luar sebagai speaker Dewan Rakyat bagi membebask… Read More...
Dia Diusir oleh Ibunya Masih Kecil. Setelah Kaya Raya Dia Memalukan Ibunya. Hingga Dia Tersedar Lalu Bersujud Memanggil, “Ibu” Saat Seluar Wanita itu Dirabanya, Ini Yang Berlaku!Menurut cerita, ada seorang nenek di desa Nan-an. Warga desa suka memanggilnya Nenek Huang karena si nenek tidak punya nama.
Dia Diusi… Read More...