Sultan Selangor murka dengan Tun M

Sultan Selangor murka dengan Tun M - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sultan Selangor murka dengan Tun M, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sultan Selangor murka dengan Tun M
link : Sultan Selangor murka dengan Tun M

Baca juga


Sultan Selangor murka dengan Tun M

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menzahirkan rasa kecewa dan murka ekoran tindakan sebilangan pemimpin yang mempersendakan isu bangsa dan keturunan sebagai modal politik.
 
Baginda menerusi satu kenyataan media melalui Setiausaha Dewan di-Raja Selangor, Hanafisah Jais, bertitah, tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad pada himpunan “Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi” bulan lalu, boleh mengugat keharmonian dan perpaduan rakyat.
 
“Berdasarkan rakaman klip video ucapan berkenaan yang telah tular di media sosial, tohmahan dan kenyataan Mahathir itu jelas menghina dan menggolongkan bangsa Bugis ini kononnya berasal usul dari golongan lanun, perompak dan penjenayah.
 
“Ahli-ahli Dewan di-Raja Selangor menganggap ucapan berkenaan amatlah keterlaluan dan boleh mencetuskan rasa benci dan prasangka buruk rakyat terhadap bangsa Bugis sehingga boleh mencetuskan kekecohan dan huru-hara.
 
“Tohmahan ini secara tidak langsung menghina salasilah dan keturunan Kesultanan Selangor yang berasal dari Bugis,” katanya.
 
Menurut kenyataan itu juga, fakta sejarah membuktikan Kesultanan Selangor berketurunan Bugis adalah pahlawan yang memperjuangkan dan mempertahankan keamanan di seluruh kepulauan Nusantara.
 
Titahnya, Mahathir sebagai perdana menteri yang menerajui negara ini selama 22 tahun seharusnya lebih berhati-hati dan mengetahui fakta tentang sejarah keturunan Bugis.
 
“Ahli-ahli Dewan di-Raja Selangor menjunjung segala titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku berkaitan dengan isu ini dan berpandangan agar satu siasatan dan tindakan undang-undang di bawah Akta Hasutan atau apa jua undang-undang berkaitan wajar diambil ke atas Mahathir," titahnya.
 
Dr Mahathir ketika berucap dalam perhimpunan di Padang Timur 14 Oktber lalu menyebut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mungkin berasal daripada lanun Bugis yang sesat ke Malaysia dan memintanya balik ke Bugis.
 
Ekoran kenyataannya itu, pelbagai pihak termasuk yang mewakili masyarakat etnik tersebut mendesak Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu supaya memohon maaf secara terbuka dan menarik balik kata-katanya.
 
Dr Mahathir bagaimanapun enggan berbuat demikian kerana mendakwa beliau tidak menghina keseluruhan keturunan Bugis



Demikianlah Artikel Sultan Selangor murka dengan Tun M

Sekianlah artikel Sultan Selangor murka dengan Tun M kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sultan Selangor murka dengan Tun M dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/11/sultan-selangor-murka-dengan-tun-m.html

Subscribe to receive free email updates: