Tindakan lapan bahagian PPBM Johor seolah ada agenda tersembunyi - Kamaruddin

Tindakan lapan bahagian PPBM Johor seolah ada agenda tersembunyi - Kamaruddin - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tindakan lapan bahagian PPBM Johor seolah ada agenda tersembunyi - Kamaruddin, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tindakan lapan bahagian PPBM Johor seolah ada agenda tersembunyi - Kamaruddin
link : Tindakan lapan bahagian PPBM Johor seolah ada agenda tersembunyi - Kamaruddin

Baca juga


Tindakan lapan bahagian PPBM Johor seolah ada agenda tersembunyi - Kamaruddin

Oleh Ainor Rahim
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Tindakan pimpinan beberapa bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Johor yang membuat aduan rasmi kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berhubung dakwaan parti itu gagal mematuhi ketetapan perlembagaan parti, seolah-olah mempunyai agenda tersembunyi. 
 
Ketua Penerangan PPBM Datuk Kamaruddin Mohd Noor berkata, ini ekoran tindakan pihak berkenaan yang secara terus merujuk ke pihak media, sedangkan masih terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk menyelesaikan isu terbabit.
 
"Kalau iya pun nak tahu dia tidak payahlah nak buat kenyataan sidang akhbar. Dia boleh tanya dengan peringkat bahagian, tak puas hati dengan peringkat bahagian. Boleh berjumpa dengan pimpinan peringkat negeri, kalau tidak puas hati juga dia boleh berjumpa dengan pimpinan di peringkat pusat. 
 
"Jadi apabila kita belum buat itu semua dan terus pergi ke media itu sudah nampak macam ada agenda lain bukan minat untuk jaga kebajikan dan kepentingan parti," katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini.
 
Jelasnya juga, tidak timbul dakwaan seperti yang dibangkitkan pihak tersebut kerana parti itu telah memperoleh tempoh lanjutan sehingga 18 bulan untuk mengadakan mesyuarat agungnya, iaitu setahun setengah selepas penubuhan PPBM pada 8 September 2016.
 
"Kita telah pun memohon kepada RoS dan telah bersetuju supaya kita tangguhkan mesyuarat agung sehingga 18 bulan, setahun setengah. Maknanya, bila-bila masa sahaja kita merasakan sesuai dan wajar untuk mengadakan mesyuarat dalam tempoh itu. Maka boleh mengadakan mesyuarat agung tersebut. Itu kedudukannya sekarang ini,"jelasnya.
 
Semalam, lapan bahagian PPBM Johor mengemukakan aduan rasmi kepada RoS dengan mendakwa pucuk pimpinan gagal mematuhi ketetapan perlembagaan parti itu berhubung mesyuarat agung peringkat bahagian dan cawangan.
 
Lapan Bahagian PPBM negeri Johor yang terlibat adalah adalah Bakri, Kluang, Semberong, Ayer Hitam, Simpang Renggam, Ledang, Batu Pahat dan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bahagian Semberong.
 
Ketua Penerangan PPBM Bahagian Kluang, Arjuna Putra Ali berkata, sehingga semalam pihaknya tidak menerima sebarang notis bertulis berhubung pelaksanaan mesyuarat agung mahupun penyampaian mengenainya secara lisan atau sebaran media sosial.
 
Mereka berkata, dengan ketiadaan mesyuarat agung, pihaknya turut tidak mengetahui status dan kedudukan parti dari segi perancangan, gerak kerja parti, keahlian selain berkenaan kesahihan penjawat jawatan dalam parti itu.
 
Parti pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad itu yang ditubuhkan secara rasmi pada 8 September 2016 sepatutnya mengadakan mesyuarat agungnya sebelum tarikh berkenaan tahun ini.
 
 


Demikianlah Artikel Tindakan lapan bahagian PPBM Johor seolah ada agenda tersembunyi - Kamaruddin

Sekianlah artikel Tindakan lapan bahagian PPBM Johor seolah ada agenda tersembunyi - Kamaruddin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tindakan lapan bahagian PPBM Johor seolah ada agenda tersembunyi - Kamaruddin dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/11/tindakan-lapan-bahagian-ppbm-johor.html

Subscribe to receive free email updates: