Judul : Tun M guna pentas dialog bersama anak muda untuk terus hina Anwar, dakwa Chegubard
link : Tun M guna pentas dialog bersama anak muda untuk terus hina Anwar, dakwa Chegubard
Tun M guna pentas dialog bersama anak muda untuk terus hina Anwar, dakwa Chegubard
Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
SHAH ALAM: Bekas ahli seumur hidup PKR, Badrul Hisham Shaharin mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad sengaja menggunakan sesi dialog 'town hall' bersama anak muda malam tadi untuk terus menghina Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegubard berkata 'hubungan baik' bekas perdana menteri itu dengan Anwar pada ketika ini di dalam Pakatan Harapan (PH) semata-mata untuk menyelamatkan dirinya dan ahli keluarga.
"Dr Mahathir menyebut antara yang memaklumkan dia mengenai salah laku seks Anwar ialah adik (Datuk Seri) Azmin Ali. Dr Mahathir turut menyebut dia bertemu sendiri dengan mangsa seks Anwar yang diliwat dan sebagainya.
"Turut ditemui ialah seorang lelaki yang Anwar lancapi, tegas Dr Mahathir lagi. Dr Mahathir dengan jelas dan nyata memaklumkan dia tidak akan menerima seorang 'peliwat' sebagai pemimpin negara.
"Adakah anda percaya Dr Mahathir hendak Anwar bebas dan keluar memimpin negara, atau sekadar perkuda anda semua untuk selamatkan legasi politik dan selamatkan harta dia, keluarga, proksi dan kroni?," demikian menurut Chegubard di dalam satu kenyataan.
Dalam dialog 'town hall' bersama anak muda di Petaling Jaya, malam tadi, Dr Mahathir diajukan pelbagai soalan daripada peserta berhubung pegangannya terhadap dakwaan Anwar sebagai peliwat.
Pengerusi PH itu bagaimanapun menjawab kesemua soalan berkaitan perkara itu secara samar.
Dr Mahathir juga mendakwa dirinya tidak terlibat dengan tindakan polis yang menyiasat kegiatan salah laku seks Anwar pada tahun 1998 dan menegaskan sekali pun dirinya berkata demikian tidak akan ada sesiapa mahu mempercayainya.
Bagaimanapun ketika sidang media selepas sesi dialog itu tamat Dr Mahathir menjelaskan beberapa perlakuan seks luar tabie yang didakwa dilakukan Anwar.
Dr Mahathir berkata dirinya tidak dapat menerima seorang peliwat menjadi pemimpin negara, selepas dirinya mengetahui Anwar bukan sahaja meliwat bahkan turut 'melancapi' mangsanya.
Selain Dr Mahathir, hadir sama ke dialog 'town hall' malam tadi adalah veteran DAP, Lim Kit Siang.
Demikianlah Artikel Tun M guna pentas dialog bersama anak muda untuk terus hina Anwar, dakwa Chegubard
Sekianlah artikel Tun M guna pentas dialog bersama anak muda untuk terus hina Anwar, dakwa Chegubard kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tun M guna pentas dialog bersama anak muda untuk terus hina Anwar, dakwa Chegubard dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/11/tun-m-guna-pentas-dialog-bersama-anak.html