Tun Mahathir Akui Masih Terima Kemudahan Kerajaan

Tun Mahathir Akui Masih Terima Kemudahan Kerajaan - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tun Mahathir Akui Masih Terima Kemudahan Kerajaan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tun Mahathir Akui Masih Terima Kemudahan Kerajaan
link : Tun Mahathir Akui Masih Terima Kemudahan Kerajaan

Baca juga


Tun Mahathir Akui Masih Terima Kemudahan Kerajaan

 
 



PUTRAJAYA – Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengakui masih menikmati beberapa kemudahan yang disediakan kerajaan untuk bekas perdana menteri selepas beliau berundur daripada jawatan itu, 14 tahun lepas.

Menurutnya, kemudahan seperti pembantu rumah dan kakitangan di Yayasan Kepimpinan Perdana dikekalkan cuma mereka dihantar menggantikan pekerja lama dengan khidmat mereka masih dibayar kerajaan.

Mengulas kenyataan Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini bahawa kerajaan tidak pernah menarik apa-apa kemudahan yang disediakan kepada mana-mana bekas perdana menteri, Dr Mahathir berkata beliau sedia menyenaraikan perjawatan yang ditarik balik termasuk yang tiada kaitan dengan kerajaan dan mendakwa pihak yang menawarkan perjawatan itu kepadanya dipaksa menarik jawatan yang diberikan.

Menurut JPM, sebanyak 21 perjawatan diperuntukkan kepada Dr Mahathir, dengan kesemua perjawatan tersebut ditanggung sepenuhnya oleh pihak kerajaan meliputi pembayaran gaji, elaun tuntutan dan lain-lain kemudahan yang layak dinikmati sebagai penjawat awam.

Dr Mahathir, yang ditemui pemberita selepas sesi dialog kepimpinan dalam era digital di masa depan di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, dalam pada itu, bertegas untuk tidak memohon maaf berhubung kenyataannya berkaitan Bugis termasuk terhadap desakan yang dibuat Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu mendakwa beliau tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang merujuk kepada etnik tersebut mahupun pihak Jusuf.

Mengenai tindakan polis membuka dua kertas siasatan terhadap beliau berhubung kenyataannya itu, Dr Mahathir berkata polis hanya menjalankan tugas mereka dan sedia disiasat jika dipanggil.

Dr Mahathir menjadi perdana menteri selama 22 tahun iaitu dari 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003. – BERNAMA



Demikianlah Artikel Tun Mahathir Akui Masih Terima Kemudahan Kerajaan

Sekianlah artikel Tun Mahathir Akui Masih Terima Kemudahan Kerajaan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tun Mahathir Akui Masih Terima Kemudahan Kerajaan dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/11/tun-mahathir-akui-masih-terima.html

Subscribe to receive free email updates: