Judul : Anak asnaf gembira, bersyukur dapat bantuan persekolahan
link : Anak asnaf gembira, bersyukur dapat bantuan persekolahan
Anak asnaf gembira, bersyukur dapat bantuan persekolahan
OLEH SABIRAH AZIZSUBANG JAYA: Anak-anak asnaf merasa gembira dan bersyukur apabila menerima sumbangan bantuan kelengkapan persekolahan bagi sesi 2018 dalam program Penyampaian Sumbangan Projek Baju Sekolah 2017 di Pasaraya Mydin USJ, di sini.
Kegembiraan itu jelas terpancar di wajah Nurul Aqmar Asyiqin Said, 11, yang bersemangat untuk memilih kelengkapan persekolahan bersama rakan-rakan seusianya.
“Saya gembira dan bersyukur kerana ada pihak yang sudi memberikan bantuan untuk membeli barang-barang sekolah seperti baju dan kasut. Kalau tiada bantuan ini, mungkin saya akan memakai baju dan kasut sekolah yang sama sahaja,” katanya.
Sementara itu, perasaan sama turut dikongsi Fahrin Hazrain Khairul Nizam, 10, yang berpendapat, bantuan itu menaikkan semangatnya untuk kembali ke alam persekolahan pada tahun hadapan.
“Hari ini pelbagai kelengkapan sekolah yang mereka belikan. Saya rasa sangat ‘best’ dan tidak sabar nak masuk sekolah..terima kasih kepada Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Affin Bank,” katanya dalam nada gembira.
Seramai 60 anak-anak asnaf fakir, miskin dan muallaf menerima sumbangan bantuan persekolahan dalam program tersebut di sini, hari ini.
Setiap anak-anak tersebut diperuntukkan perbelanjaan sebanyak RM200 seorang yang diberikan kepada sukarelawan ABIM bagi membantu mereka membeli kelengkapan persekolahan.
Program tersebut adalah anjuran ABIM dan Affin Islamic Bank dengan kerjasama Pasaraya Mydin.
Demikianlah Artikel Anak asnaf gembira, bersyukur dapat bantuan persekolahan
Sekianlah artikel Anak asnaf gembira, bersyukur dapat bantuan persekolahan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Anak asnaf gembira, bersyukur dapat bantuan persekolahan dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/12/anak-asnaf-gembira-bersyukur-dapat.html