Bahasa Melayu merempat di bumi sendiri

Bahasa Melayu merempat di bumi sendiri - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bahasa Melayu merempat di bumi sendiri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bahasa Melayu merempat di bumi sendiri
link : Bahasa Melayu merempat di bumi sendiri

Baca juga


Bahasa Melayu merempat di bumi sendiri

DETIK DAILY

 
Oleh Zubaidah Ibrahim 

Keindahan tutur kata dan kesantunan berbahasa telah memikat hati Mhitra Subramaniam untuk mendalami bahasa Melayu pada peringkat ijazah sarjana muda.

Gadis berusia 23 tahun ini mula jatuh cinta terhadap bahasa Melayu sejak di bangku sekolah. Dia kemudiannya bertekad untuk menyambung pengajian ke menara gading yang mengkhususkan pada jurusan Bahasa Melayu selepas mengambil subjek tersebut di tingkatan enam.

“Saya bersekolah di sekolah kebangsaan begitu juga sekolah menengah kebangsaan. Bahasa pengantar yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah bahasa Melayu dan saya juga banyak berinteraksi menggunakan bahasa tersebut.

“Pergaulan dengan kawan-kawan kaum Melayu juga turut membantu saya untuk menambah penguasaan kosa kata,” kata pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu), Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor itu.

Tambah Mhitra, walaupun sejak kecil telah didedahkan dengan bahasa Melayu tidak bermakna dia mengetepikan bahasa ibundanya sendiri, iaitu bahasa Tamil.

Semasa di rumah, anak sulung daripada dua beradik ini akan bertutur dengan ahli keluarga dalam bahasa Tamil. Dia juga mengikuti kelas khas untuk mendalami dan menguasai bahasa tersebut.

Sehubungan itu, dia boleh menulis, membaca dan bertutur dengan fasih dalam bahasa Tamil.

Ketika anak gadis itu menyuarakan hasratnya untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Bahasa dan Linguistik Melayu, dia mendapat sokongan padu daripada keluarga dan guru-guru.

“Saya berasakan bahasa Melayu ini sungguh indah apatah lagi kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan. Maka, ia wajar dipelajari serta dikuasai dengan baik.

“Setelah itu, barulah mempelajari bahasa asing, tetapi realiti sekarang sungguh menyedihkan apabila orang Melayu sendiri tidak berbangga dengan bahasa yang menjadi identiti mereka.

“Kebanyakan golongan muda lebih cenderung untuk mengagungkan bahasa Inggeris dan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua,” tuturnya yang berasal dari Klang.

Baru-baru ini Penasihat Sosiobudaya Kerajaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim menegaskan institusi pendidikan di negara ini perlu melaksanakan semula pengajaran sebutan bahasa Melayu yang betul bagi memastikan para pelajar fasih dan menguasai bahasa kebangsaan itu dengan baik. Beliau turut menyatakan kebimbangan dengan senario semasa iaitu budaya meminjam bahasa asing dan ‘rojak bahasa’ yang berlaku secara berleluasa.

Sementara itu, Ketua Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM, Dr. Norazlina Mohd. Kiram berkata, bukan mudah untuk mengajar bahasa Melayu pada masa kini, terutamanya dalam kalangan generasi muda kerana kebanyakan mereka tidak menghargai status bahasa itu sebagai bahasa kebangsaan.

Justeru itu, mereka tidak rasa bersalah jika menggunakan bahasa rojak, slanga atau percampuran kod dalam komunikasi seharian termasuklah dalam media massa.

“Golongan profesional dilihat lebih gemar menggunakan bahasa Inggeris dalam kebanyakan urusan sehingga ada yang berasa janggal apabila bertutur dalam bahasa Melayu
 
Kursus 

“Generasi muda pula beranggapan ketidakcekapan bertutur dalam bahasa Melayu bukanlah satu isu besar kerana ramai rakyat Malaysia yang pincang berbahasa Melayu meskipun sudah menetap di Malaysia berpuluh-puluh tahun lamanya,” jelasnya yang bertugas sebagai pensyarah hampir 17 tahun.

Ujar ibu kepada tiga orang cahaya mata itu, meskipun seseorang belajar subjek bahasa Melayu sejak sekolah rendah sehingga melanjutkan pengajian pada peringkat universiti hakikatnya masih ramai golongan muda yang tidak terampil berbahasa Melayu.

Ada dalam kalangan mahasiswa kekok bertutur dan berasa tertekan apabila diminta membentang tugasan dalam bahasa Melayu sepenuhnya.

Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi telah memperkenalkan kursus Keterampilan Berbahasa Melayu di bawah kurikulum baharu bagi memastikan mahasiswanya cekap dan mahir berbahasa Melayu.

Ini berpunca daripada sikap dan mentaliti sebahagian besar masyarakat yang beranggapan bahawa bahasa Melayu bersifat kekampungan dan tidak mempunyai nilai ilmu yang tinggi untuk bersaing dengan bahasa dunia yang lain.

“Tidak keterlaluan saya katakan bahawa bahasa Melayu akan merempat di bumi sendiri dan sentiasa mengharapkan simpati daripada rakyatnya untuk terus kekal dimartabatkan jika usaha mengangkat darjatnya tidak dilakukan dengan bersungguh-sungguh,” tegasnya.

Norazlina berpendapat, dalam memastikan bahasa Melayu terus utuh sebagai bahasa negara bangsa, semua pihak terutamanya pemimpin yang juga penggubal dasar mesti menghayati slogan, Bahasa Jiwa Bangsa.

Bahasa Melayu ialah lambang jati diri bangsa Malaysia. Selain itu, rakyat mahu melihat pemimpin mendahului mereka dalam apa jua perkara seperti slogan, Kepemimpinan Melalui Teladan.

“Begitu juga dalam seminar dan persidangan perlu ditekankan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi,” terangnya.

Beliau juga menyarankan agar pihak kerajaan memperbanyakkan aktiviti kebahasaan pada peringkat sekolah dan universiti dengan menawarkan hadiah setimpal seperti program lain.
Jati diri

Isu tersebut turut mendapat perhatian seorang mahasiswa, Mohd. Mustaqim Mat Hassan, 23, yang berpendapat, isu tersebut melibatkan jati diri seseorang.

“Saya lihat ramai anak muda masa kini yang terpengaruh dengan bahasa dalam laman sosial dan cukup teruja menjadi jaguh siber.

“Golongan sebegini sangat lemah jati dirinya dan tidak berasa bimbang atau sedih melihat bahasa ibunda dipijak serta diperlekehkan.

“Sikap tidak ambil berat akan kepentingan bahasa ini menyebabkan mereka tidak menguasai kosa kata yang betul dan mengambil jalan mudah dengan menggunakan percampuran kod dalam pertuturan mereka,” ujar pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda (Bahasa dan Linguistik Melayu), Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM.



Demikianlah Artikel Bahasa Melayu merempat di bumi sendiri

Sekianlah artikel Bahasa Melayu merempat di bumi sendiri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bahasa Melayu merempat di bumi sendiri dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/12/bahasa-melayu-merempat-di-bumi-sendiri.html

Subscribe to receive free email updates: