Judul : BN tumpu projek kayakan kroni, penduduk keluh kesah, kata Awan Perlis
link : BN tumpu projek kayakan kroni, penduduk keluh kesah, kata Awan Perlis
BN tumpu projek kayakan kroni, penduduk keluh kesah, kata Awan Perlis
MOHD ALI HASHIMAngkatan Wanita Amanah (Awan) Negeri Perlis senantiasa memberi perhatian terhadap setiap keluh-kesah penduduk khususnya dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun )Santan serta Parlimen Padang Besar.
Selain memberi tumpuan kepada penduduk dalam kawasan Dun Santan, perhatian yang serius juga diberikan kepada kawasan-kawasan lain yang akan ditandingi oleh Pakatan Harapan (PH).
Demikian dinyatakan oleh Ketua Awan Negeri Perlis, Che Mazlina Che Yob.
Menurut beliau lagi, Awan Negeri Perlis dengan kerjasama PH Negeri Perlis senantiasa menganjurkan program dan aktiviti bersama bagi mendekatkan diri dengan penduduk setempat khususnya para pengundi.
Beliau yang lebih mesra dengan panggilan cikgu turut berkata, mengedarkan risalah PH bagi memberi maklumat terkini kepada para penduduk merupakan gerak kerja yang telah, sedang dan akan berterusan dilaksanakan.
“Antara ziarah kasih yang dilaksanakan ialah menziarahi warga emas serta mereka yang terlantar sakit dalam kawasan Dun Santan.
“Selain dari itu turun padang yang dilakukan tidak mengambil kira masa dan ketika, termasuklah siang maupun malam.
“Hanya dengan turun ke lapangan sahaja, kita dapat mendengar dengan lebih dekat masalah yang dihadapi oleh penduduk, ” ujarnya lagi.
Beliau juga berkata, melawat keluarga yang susah dan sedang berada dalam kesempitan hidup akibat kenaikan harga barangan yang begitu melampau turut dilakukan dengan kerap.
“Awan juga tidak melepaskan peluang untuk menghulurkan bantuan kepada pesakit-pesakit yang sedang menerima rawatan di hospital.
“Ibu tunggal serta anak-anak yatim turut diberi perhatian semasa ziarah kasih yang dilakukan baru-baru ini.
“Yang pasti bagi Awan dan Amanah Negeri Perlis, ialah kerajaan negeri semakin tidak bermaya untuk menyelesaikan pelbagai masalah rakyat sehinggakan ada yang hanya ‘kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang,” tegasnya lagi.
Beliau yang juga merupakan Penyelaras Dun Santan turut berkata, kerajaan negeri yang dipimpin oleh Umno dan BN di Perlis sudah tidak harus diberi dokongan dalam pilihan raya umum ke 14 yang akan datang.
Malah katanya, kepimpinan BN lebih memberi tumpuan terhadap projek-projek gajah putih yang bertujuan untuk mengkayakan kroni mereka semata-mata.
Namun begitu, keperitan dan kesukaran hidup yang dialami oleh penduduk miskin serta golongan berpendapatan rendah tidak menjadi agenda utama untuk diberi pembelaan oleh kerajaan negeri kini.
Justeru itu, beliau menyeru pengundi Perlis untuk bangkit dan berani untuk membuat perubahan drastik dengan menolak Umno dan BN serta mana-mana parti yang bersekongkol dengannya.
Demikianlah Artikel BN tumpu projek kayakan kroni, penduduk keluh kesah, kata Awan Perlis
Sekianlah artikel BN tumpu projek kayakan kroni, penduduk keluh kesah, kata Awan Perlis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel BN tumpu projek kayakan kroni, penduduk keluh kesah, kata Awan Perlis dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/12/bn-tumpu-projek-kayakan-kroni-penduduk.html