Fathia, Sheila tak faham soal gaya hidup, sara hidup

Fathia, Sheila tak faham soal gaya hidup, sara hidup - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Fathia, Sheila tak faham soal gaya hidup, sara hidup, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Fathia, Sheila tak faham soal gaya hidup, sara hidup
link : Fathia, Sheila tak faham soal gaya hidup, sara hidup

Baca juga


Fathia, Sheila tak faham soal gaya hidup, sara hidup

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohamad Azhar & Shuhaniza Said
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Pelakon Fathia Latiff sekali lagi dikritik di Persidangan Agung Umno 2017 hari ini apabila dikatakan tidak memahami perbezaan antara gaya hidup dan kos sara hidup.
 
Menurut Exco Penerangan Pemuda Umno, Jamawi Jaafar, kerana salah fahaman berkenaan dua perkara itulah menyebabkan pelakon kontroversi itu mensasarkan kerajaan kononnya kos sara hidup yang semakin membebankan rakyat.
 
Selain Fathia, penyanyi jazz Datuk Sheila Majid juga bertindak meluahkan rasa kecewanya dengan keadaan ekonomi semasa yang disifatkannya sebagai menyusahkan rakyat.
 
“Kalau kita bercakap berkenaan kos sara hidup, ia sebenarnya antara sara hidup atau gaya hidup. Ada segelintir kita hanya pandai tweet dengan gaya hidup. 
 
“Konsert yang tiketnya berharga RM888 bukan keperluan. Ini gaya hidup. Bermain telefon dengan aplikasi Bigo juga bukan keperluan sara hidup. Ianya gaya hidup. Selebriti ini menggunakan aplikasi (Twitter) untuk hentam pemimpin. 
 
“Mereka tak faham cara hidup, yang mereka cakap adalah gaya hidup,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden sempena Persidangan Agung Umno kali ke-71 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) petang tadi.
 
Sehubungan itu sayap Umno itu mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara bagi mencari solusi menangani keperluan rakyat.
 
Malah majlis itu juga, menurut Jamawi penting untuk membanteras pihak yang cuba mensabotaj ekonomi dan pembangunan negara.
 
Fathia sebelum ini kerap kali mengkritik kerajaan, bermula dengan mempersoalkan tindakan menyiasat bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kerugian mata wang asing (forex) yang dialami Bank Negara Malaysia sekitar tahun 1990-an.
 
Dua hari lalu, pengarah Dira Abu Zahar yang juga Exco Puteri Umno menggunakan pentas PAU2017 ‘membalas’ serangan Fathia dengan meminta rakyat tidak mudah percaya dengan dakyah yang dibawa pelakon itu.
 
Malah Dira juga berkata Fathia tidak memahami langsung tentang kerajaan dan menasihatinya untuk memperbetulkan mutu lakonannya.
 
Sheila pula menjadi artis kedua yang dilihat meluahkan kritikan di media sosial berkenaan keadaan semasa negara sehingga menerima respon daripada pelbagai pihak termasuk Pegawai Khas Datin Seri Rosmah Mansor iaitu Datuk Rizal Mansor.
 
 


Demikianlah Artikel Fathia, Sheila tak faham soal gaya hidup, sara hidup

Sekianlah artikel Fathia, Sheila tak faham soal gaya hidup, sara hidup kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Fathia, Sheila tak faham soal gaya hidup, sara hidup dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/12/fathia-sheila-tak-faham-soal-gaya-hidup.html

Subscribe to receive free email updates: