Hadi: Khalid hanya hadir, tak sebut sokong Umno

Hadi: Khalid hanya hadir, tak sebut sokong Umno - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hadi: Khalid hanya hadir, tak sebut sokong Umno, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hadi: Khalid hanya hadir, tak sebut sokong Umno
link : Hadi: Khalid hanya hadir, tak sebut sokong Umno

Baca juga


Hadi: Khalid hanya hadir, tak sebut sokong Umno

ANTARAPOS
 
Post Pic
 
SHAH ALAM: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambil pendekatan lebih 'lunak' berbanding pemimpin partinya yang lain yang 'mempertikai' keputusan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi sokongan kepada Umno.
 
Hadi berkata, Abdul Khalid hanya hadir ke Konvensyen Umno Selangor, dan bekas menteri besar itu juga tidak memberikan sebarang kata putus mengenai Umno.
 
"Kita tak tahu lagi. Tak ada satu perkataan pun dia (sebut nak) sokong Umno. Mengikut apa yang saya tahu beliau hanya hadir," katanya kepada media di majlis makan malam amal dan perasmian Pertubuhan Cakna Yaman Malaysia di sini malam tadi.
 
Hadi berkata demikian ketika ditanya pendapatnya mengenai kehadiran Abdul Khalid di Konvensyen Umno Selangor yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Sabtu lalu.
 
Tambah Ahli Parlimen Marang itu, Abdul Khalid juga masih kekal sebagai wakil rakyat Bebas. 
 
"Beliau belum lagi jadi ahli Umno atau ahli PAS. Terpulang kepada dia," katanya.
 
Pada Sabtu lalu Abdul Khalid membuat kejutan apabila hadir ke Konvensyen Umno Selangor.
 
Mantan Menteri Besar Selangor itu turut dilihat berada di atas pentas bersama-sama Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar.
 
Dalam sidang media selepas konvensyen itu, Abdul Khalid berkata beliau mengambil pendekatan untuk memberikan sokongan kepada Umno dan PAS, yang mana pada pendapatnya adalah lebih berkesan berbanding menyokong Pakatan Harapan (PH) yang hanya melaungkan retorik semata-mata.
 
Tambah Abdul Khalid, sokongan itu juga adalah sebagai salah satu usaha untuk menyatu-padukan ummah khususnya rakyat Selangor, negeri yang pernah dipimpin beliau sebelum ini.
 
Bagaimanapun tindakan ADUN Pelabuhan Klang itu mendapat reaksi negatif segelintir pimpinan PAS.
 
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang dipetik Malaysiakini berkata, tindakan terbaru Abdul Khalid bersama-sama dengan Umno itu sesuatu yang janggal.
 
Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad pula berpendapat Abdul Khalid telah menunjukkan kedudukan sebenar beliau dalam politik.
 
Sementara itu ADUN PAS Selangor, Mohd Khairudin Othman berkata Abdul Khalid hanya menghancurkan segala sumbangan beliau kepada negeri itu sejak 2008, jika mahu membantu Umno menawan kembali negeri itu daripada PH.
 
 


Demikianlah Artikel Hadi: Khalid hanya hadir, tak sebut sokong Umno

Sekianlah artikel Hadi: Khalid hanya hadir, tak sebut sokong Umno kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hadi: Khalid hanya hadir, tak sebut sokong Umno dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/12/hadi-khalid-hanya-hadir-tak-sebut.html

Subscribe to receive free email updates: