Johari: Tanya Irwan Serigar sumber wang 1MDB bayar hutang IPIC

Johari: Tanya Irwan Serigar sumber wang 1MDB bayar hutang IPIC - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Johari: Tanya Irwan Serigar sumber wang 1MDB bayar hutang IPIC, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Johari: Tanya Irwan Serigar sumber wang 1MDB bayar hutang IPIC
link : Johari: Tanya Irwan Serigar sumber wang 1MDB bayar hutang IPIC

Baca juga


Johari: Tanya Irwan Serigar sumber wang 1MDB bayar hutang IPIC

 
Kerajaan tidak berhutang dengan China, kata menteri kewangan kedua itu mengenai dakwaan dalam laporan media yang 1MDB melangsaikan hutangnya kepada IPIC menggunakan wang syarikat berkaitan China.


johari-ghani-irwan


PUTRAJAYA: Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani enggan mengulas dakwaan dalam laporan media mengenai pembayaran hutang 1MDB kepada syarikat kerajaan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC), sebaliknya pemberita diminta bertanya kepada ketua setiausaha perbendaharaan.

Akhbar Singapura, Straits Times melaporkan 1MDB berupaya membayar AS$602.7 juta (RM2.4 bilion) dengan melupuskan sahamnya dalam 2 syarikat kepada pembeli dikaitkan dengan syarikat milik China.

Apabila ditanya tentang perkara ini, Johari berkata kerajaan tidak berhutang sedikit pun dengan China untuk sebarang pembangunan akan datang di Malaysia.

“Kita langsung tidak berhutang dengan China,” katanya sebelum meminta pemberita mendapatkan lebih banyak maklumat tentang perkara itu daripada Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Irwan Serigar Abdullah yang juga pengerusi 1MDB.

Ansuran ke-2 pembayaran pinjaman IPIC sebanyak AS$1.2 bilion yang dilanjutkan pada Julai 2015 kepada 1MDB, dilunaskan Jumaat lalu (22 Disember), menjelang tarikh akhir 31 Disember ini yang dipersetujui kedua-dua pihak awal April lalu.

IPIC dalam kenyataan pada Rabu mengesahkan “pihanya sudah mendapat semua dana yang perlu dibayar kepada IPIC menjelang 31 Disember di bawah penyelesaian dengan Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) dan 1MDB serta Anugerah Persetujuan yang dibuat pada 9 Mei 2017”.
Ansuran pertama dilangsaikan Ogos lalu.

Straits Times memetik sumber mendakwa ansuran kedua itu dibayar dengan dana diraih daripada jualan pelaburan dalam instrumen kewangan 1MDB dan saham dalam 2 entiti berkaitan 1MDB yang memiliki beberapa bidang tanah di Pulau Pinang dan satu hartanah berkeluasan 128 hektar di sekitar Pelabuhan Klang.

“Pegawai kerajaan enggan mendedahkan identiti pembeli dalam transaksi hartanah itu tetapi seorang eksekutif kewangan yang mengetahui situasi itu berkata, kepentingan ekuiti dalam entiti hartanah 1MDB itu diperolehi ‘pihak dikawal perusahaan milik kerajaan China’,” lapor akhbar Singapura itu.

1MDB dalam kenyataan Rabu lalu berkata, semua bayaran dibuat daripada hasil program rasionalisasi yang sednag dijalankan.

Untuk ansuran pertama, 1MDB pada April lalu berkata, mereka akan menggunakan unit pelaburan milik anak syarikat 1MDB, Brazen Sky Limited, untuk membiayai pembayaran itu.

Pertikaian antara 1MDB dan IPIC berkisar tentang pinjaman IPIC dan wang pendahuluan sebanyak AS$3.54 bilion yang didakwa 1MDB disalurkan kepada beberapa entiti dikawal Abu Dhabi sebagai sebahagian hutang di bawah pengurusan bon pada Mei 2012.

PIC bagaimanapun mendakwa pihaknya tidak pernah menerima wang itu daripada 1MDB, sekaligus mencetuskan pertikaian.

Jabatan Kehakiman AS memfailkan beberapa saman sivilnya bagi merampas hartanah dan aset mewah yang didakwa dibeli menggunakan dana diseleweng daripada 1MDB berjumlah lebih AS$3.5 bilion.

Siasatan pengubahan wang haram turut dijalankan di sekurang-kurangnya 6 negara, termasuk Amerika Syarikat, Switzerland dan Singapura.



Demikianlah Artikel Johari: Tanya Irwan Serigar sumber wang 1MDB bayar hutang IPIC

Sekianlah artikel Johari: Tanya Irwan Serigar sumber wang 1MDB bayar hutang IPIC kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Johari: Tanya Irwan Serigar sumber wang 1MDB bayar hutang IPIC dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/12/johari-tanya-irwan-serigar-sumber-wang.html

Subscribe to receive free email updates: