Jurugambar didakwa hantar komunikasi jelik berhubung gambar Najib

Jurugambar didakwa hantar komunikasi jelik berhubung gambar Najib - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jurugambar didakwa hantar komunikasi jelik berhubung gambar Najib, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jurugambar didakwa hantar komunikasi jelik berhubung gambar Najib
link : Jurugambar didakwa hantar komunikasi jelik berhubung gambar Najib

Baca juga


Jurugambar didakwa hantar komunikasi jelik berhubung gambar Najib

THE MALAYSIAN TIMES



KUALA LUMPUR: Seorang jurugambar bebas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi berhubung gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah disunting di laman Facebook miliknya, Mei tahun lepas.

Fikriamin Adenan, 40, selaku Orang Kena Saman (OKS) mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Syed Faisal Syed Amir.

Mengikut pertuduhan, Fikriamin didakwa membuat dan memulakan penghantaran komuniksi yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain menggunakan aplikasi Facebook akaun profil “Fikri Amin” pada 7.36 malam, 17 Mei 2016.

Pautan itu telah dibaca di Menara A Pandan Kapital, Jalan Pandan Utama Pandan Indah di sini, pada 4.43 petang, 19 Mei tahun lepas.

Bapa satu anak itu didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) Akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya dan boleh juga didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia, Mohd Sophian Zakaria menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, Fikriamin yang diwakili peguam Farida Mohammad merayu supaya anak guamnya dikenakan jaminan yang rendah atas alasan ini adalah kesalahan pertamanya.

“Anak guam saya hanya bekerja sebagai jurugambar bebas di mana tidak mempunyai pendapatan yang tetap dan menanggung isteri dan seorang anak,” katanya.

Mahkamah kemudian membenarkan Fikriamin diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 8 Jan depan untuk sebutan kes.–Bernama



Demikianlah Artikel Jurugambar didakwa hantar komunikasi jelik berhubung gambar Najib

Sekianlah artikel Jurugambar didakwa hantar komunikasi jelik berhubung gambar Najib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jurugambar didakwa hantar komunikasi jelik berhubung gambar Najib dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/12/jurugambar-didakwa-hantar-komunikasi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :