Judul : KALAU TUN M BOLEH DISUBAHATKAN DALAM KERUGIAN FOREX, APAKAH NAJIB TIDAK HARUS DIKAITKAN DENGAN HILANGNYA TANAH FELDA?
link : KALAU TUN M BOLEH DISUBAHATKAN DALAM KERUGIAN FOREX, APAKAH NAJIB TIDAK HARUS DIKAITKAN DENGAN HILANGNYA TANAH FELDA?
KALAU TUN M BOLEH DISUBAHATKAN DALAM KERUGIAN FOREX, APAKAH NAJIB TIDAK HARUS DIKAITKAN DENGAN HILANGNYA TANAH FELDA?
shahbudindotcom
Tiada siapa boleh setuju dan reda tanah milik Felda terlepas ke tangan pihak lain, tidak kira siapa pun dalang atau pihak yang bertanggungjawab melakukannya, lebih-lebih lagi jika ia dilakukan secara curang dan berunsurkan wang.
Kehilangan tanah bukan saja bermaksud Felda kehilangan wang, tetapi juga bererti mereka sudah kehilangan maruah dan jaminan masa depan.
Sebab itu dalam kes tanah Felda di Jalan Semarak yang menjadi isu hangat sekarang ini, ia semestinya disiasat dengan telus, menyeluruh dan tidak berpilih-pilih.
Demi keadilan dan kesamarataan dalam mentafsir dan melaksanakan undang-undang, kehilangan tanah Felda di Jalan Semarak ini tidak dapat tidak mesti mengambil kira kes kehilangan wang dalam urusniaga forex yang berlaku lebih 30 tahun lalu sebagai rujukannya
Dalam hasil laporan RCI forex, selain Gabenor Bank Negara ketika itu, Allahyarham Jaafar Hussein dan Nor Mohamed Yakcop yang dipersalahkan, bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dan dua bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin dan Anwar Ibrahim juga turut diletakkan beban kesalahan kerana didakwa bersubahat dengannya.
Realitinya, meskipun Tun Mahathir adalah orang yang secara khususnya difahami umum sebagai subjek yang mahu dipersalahkan atas kerugian tersebut, kedudukan beliau ketika itu hanyalah sebagai Perdana Menteri dan pengerusi mesyuarat kabinet sahaja.
Dalam kes Felda pula, Najib bukan saja sebagai Perdana Menteri, tetapi juga yang mengawasi dan memantau Felda sejak beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri lagi atas alasan agensi yang ditubuhkan oleh arwah bapanya, Tun Razak itu sangat dekat di hatinya.
Tetapi, sedarkah kita bahawa sejak Felda berada di bawah jagaan dan dagu Najiblah, agensi itu makin kacau-bilau, berkecamuk, penuh skandal serta wang simpanannya semakin berkurangan.
Apa yang berlaku berkaitan tanah Felda di Jalan Semarak ini hanyalah rentetan daripada pelbagai masalah sebelum ini seperti pembelian hotel dan hartanah mewah sama ada di dalam dan luar negara, pengambilalihan ladang milik Peter Sondakh, rakan Najib sendiri dengan harga melebihi nilai pasaran, pelaburan dalam projek-projek rugi, kegemaran membeli syarikat luar negara dan 1001 macam keributan lainnya lagi.
Kenapakah dalam masa Najib menjaga Felda dan mengatakan agensi tersebut sangat dekat di hatinya, tetapi semakin banyak masalah, kerugian dan kehilangan wang yang berlaku?
Ibarat kalau kita sayang dan meletakkan seseorang itu dekat di hati kita, logiknya tentulah penjagaan, perhatian dan kasih sayang yang berlebih-lebihan akan sentiasa kita dicurahkan.
Tetapi, sementara hanya Najib satu-satunya pemimpin UMNO yang pernah mengatakan Felda dekat di hatinya, sebaliknya makin diperah dan dijahanamkannya pula agensi yang bertunjangkan titik peluh peneroka itu.
Atas sebab itu, bukan saja kehilangan tanah, tetapi apa juga perbuatan mengambil kesempatan dan tidak amanah berkaitan harta dan wang Felda tidak harus begitu juga dihalalkan perbuatannya.
Jika dalam kes kerugian forex yang dikendalikan oleh Bank Negara, Tun Mahathir boleh dipersalahkan atas dakwaan bersubahat, meskipun Bank Negara bukan di bawah jagaannya, ikut logiknya Najib lebih patut paling awal disiasat dan diambil keterangan dalam siasatan mencari kebenaran berkaitan tanah Felda yang hilang itu
Bagaimana Najib yang meletakkan Felda di bawah dagunya, ada wakil JPM dan Kementerian Kewangan di dalamnya, malah beliau sendiri biasanya akan mempengerusikan mesyuarat dengan Felda dua atau tiga bulan sekali, tetapi masih juga tanah boleh lesap begitu saja?
Apakah betul Najib tidak tahu menahu langsung tentang pengeluaran “surat kuasa penuh” dan berpindah-miliknya tanah Felda tersebut kepada pihak lain?
Kiranya beliau mengetahuinya lebih awal, mengapakah Najib hanya mengarahkan siasatan segera selepas perkara itu didedahkan oleh media?
Kalau beliau tidak tahu-menahu pula, apakah peranannya dalam memantau Felda selama ini dan adakah tidak pernah sesiapa, termasuk wakil JPM dan Kementerian Kewangan melaporkan sesuatu yang mencurigakan kepadanya sebelum ini?
Di mana mahu kita dielakkan Najib daripada dakwaan bersubahat, sedangkan ruang untuk beliau mengetahui lebih banyak dan lebih luas mengenai Felda jauh lebih terbuka berbanding peranan Tun Mahathir dalam kerugian forex yang mana Bank Negara bukan di bawah jagaannya?
Demikianlah Artikel KALAU TUN M BOLEH DISUBAHATKAN DALAM KERUGIAN FOREX, APAKAH NAJIB TIDAK HARUS DIKAITKAN DENGAN HILANGNYA TANAH FELDA?
Sekianlah artikel KALAU TUN M BOLEH DISUBAHATKAN DALAM KERUGIAN FOREX, APAKAH NAJIB TIDAK HARUS DIKAITKAN DENGAN HILANGNYA TANAH FELDA? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel KALAU TUN M BOLEH DISUBAHATKAN DALAM KERUGIAN FOREX, APAKAH NAJIB TIDAK HARUS DIKAITKAN DENGAN HILANGNYA TANAH FELDA? dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/12/kalau-tun-m-boleh-disubahatkan-dalam.html